Anda di sini

‘Bad Guy’ nyanyian Eilish lagu global paling laris 2019

Advertisement
 

PENYANYI dan penulis lagu dari Amerika Syarikat (AS) Billie Eilish mencipta satu lagi rekod pada Selasa lepas setelah lagunya yang ‘hit’ ‘Bad Guy’ dipilih sebagai lagu ‘single’ global paling laris pada 2019.

Perse-kutuan Industri Fonografi Antara-bangsa berkata lagu remaja itu mencatatkan jumlah bersamaan dengan 19.5 juta jualan dari muat turun tetap serta striming audio dan video.

Ia turut menduduki tempat teratas carta di 15 buah negara, tambah organisasi yang berpangkalan di London itu.

‘Bad Guy’ merupakan lagu ‘single’ kelima yang dikeluarkan dari albumnya yang mencapai kejayaan ‘When We All Fall Asleep, Where Do We Go?’

Dia menewaskan Lil Nas X, Ed Sheeran dan Justin Bieber untuk menduduki tempat teratas dalam Carta Lagu Single Digital Terbaik Global IFPI yang dikeluarkan setiap tahun.

“Billie Eilish telah menggegarkan dunia dengan suaranya yang luar biasa dan bunyi yang mencabar genre,” kata ketua eksekutif IFPI Frances Moore.

“Dia juga seorang artis yang memberi tumpuan kepada isu penting seperti kesihatan mental dalam liriknya yang jelas bergema di kalangan peminatnya di seluruh dunia.”

Lagu ‘single’ itu, yang dikeluarkan setahun lalu, memenangi anugerah bagi Lagu Terbaik di Majlis Anugerah Grammy.

Bintang berusia 18 tahun itu meneruskan siri kemenangannya pada bulan lepas apabila lagu baharunya menikmati minggu pembukaan yang terbesar sepanjang zaman untuk sebuah lagu tema James Bond dalam carta Britain.

‘No Time To Die’ terus menduduki tempat nombor satu, untuk menjadi lagu pertamanya yang menduduki tempat teratas dalam carta Britain.

Lagu ‘single’ itu, yang ditulis bersama dan diterbitkan oleh bintang AS yang juga abangnya, Finneas, menjana 90,000 jualan carta dan 10.6 juta strim.

Artis lain yang menyaksikan lagu ‘single’ mereka dalam senarai 10 teratas IFPI termasuk Ariana Grande, Lewis Capaldi dan Lady Gaga.

— AFP

Advertisement