Anda di sini

Hari kedua di Tarakan

"Seramai 24 usahawan dan ahli Perniagaan dari Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS) dan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Sabah menghadiri program yang diadakan sempena Kunjungan Misi Niaga ke Tarakan pada 17 hingga 19 Februari dan seterusnya ke Balikpapan pada 19 hingga 21 Februari"
"Seramai 24 usahawan dan ahli Perniagaan dari Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS) dan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Sabah menghadiri program yang diadakan sempena Kunjungan Misi Niaga ke Tarakan pada 17 hingga 19 Februari dan seterusnya ke Balikpapan pada 19 hingga 21 Februari"
 Datuk Haji Razak Walli antara delegasi Sabah dalam misi niaga ke Tarakan.
HADIR: Datuk Haji Razak Walli antara delegasi Sabah dalam misi niaga ke Tarakan.

.. Hadir pertemuan perniagaan dan melawat kilang papan lapis

KADANG-KADANG persoalan-persoalan yang tidak kunjung ada habisnya membasahimu seperti hujan, namun pelangi yang berwarna-warni pun biasanya muncul selepas hujan, kata Maulana Jalaluddin Rumi.

Mungkin inilah kata-kata paling indah  ketika pelbagai persoalan bersarang di kepala pada hari kedua kami berada di Tarakan. Khabar baru saja diterima dari pejabat bahawa semua perjalanan ke luar negara dibekukan sementara waktu kerana Covid-19.

Membaca kata-kata Hikmah Jalaluddin Rumi, seorang alim, ahli sufi dan sasterawan yang lahir pada 30 September 1207 di Balkh,sekurang-kurangnya melegakan sedikit kerisauan.

 James Ha, Ibu Rima, dr Khairul, hamid Amren, dan Haji Muhammad.
BUSINESS MATCHING: Dari kiri: James Ha, Ibu Rima, dr Khairul, hamid Amren, dan Haji Muhammad.

Selepas menikmati sarapan di Hotel D Calia, dulunya Hotel Milia, kami berangkat untuk menghadiri business matching di Hotel Swiss Bell Tarakan. Walikota Tarakan, Dr Khairul hadir merasmikan pertemuan itu yang dianjurkan oleh Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu.

Seramai 24 usahawan dan ahli Perniagaan dari Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS) dan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Sabah menghadiri program yang diadakan sempena Kunjungan Misi Niaga ke Tarakan pada 17 hingga 19 Februari dan seterusnya ke Balikpapan pada 19 hingga 21 Februari.

Kunjungan mereka ke Kalimantan Utara dan Kalimantan Timur difasilitasi  oleh Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu (KJRI) diketuai oleh Konsul Fungsi Ekonomi, Ibu Rima Diah Pramudyawati.

 Antara usahawan Tarakan yang hadir dalam majlis itu.
PENGUSAHA: Antara usahawan Tarakan yang hadir dalam majlis itu.

“Program itu diadakan bagi membuka peluang niaga antara usahawan Malaysia dan pengusaha Indonesia melalui busines matching yang diadakan,” katanya sambil menambah usahawan dan ahli perniagaan yang turut serta dalam kunjungan itu adalah mereka yang bergiat dalam bidang makanan, letrik, plastik, perabot, pembinaan, buah-buaha,nsos, kicap mee dan sebagainya dan ingin mencari peluang bisnes di Kalimantan.

Delegasi DPBS diketuai oleh Haji Muhamad Awang Buntar manakala delegasi FMM Sabah diketuai oleh James Ha.

“Sebagaimana yang kita sedia maklum, Ibu Kota Indonesia akan berpindah ke Kalimantan Timur. Kita tidak mahu ketinggalan. Peluang ini perlu dimanfaatkan untuk mencari peluang baharu dan mencari rakan niaga untuk melabur dalam pelbagai sektor. Sebelum ini, kebanyakan misi dagang kita lebih diarahkan kepada China, padahal banyak juga peluang yang terdapat di kawasan BIMP-EAGA,” katanya.

 Antara delegasi FMM yan hadir dalam majlis business matching.
DELEGASI: Antara delegasi FMM yan hadir dalam majlis business matching.

Walikota Tarakan, Dr Khairul berkata pihaknya mengalu-alukan hasrat usahawan usahawan dari luar untuk melabur di Tarakan. “Kami sedia menyediakan permaidani merah bagi menyambut mereka yang ingin melabur di Tarakan dengan membantu memudahkan urusan seperti mendapatlan lesen dan sebagainya,” kataya.

Beliau berharap kerjasama perniagaan antara kedua negara akan terjalin dengan baik dan dibuat mengikut peraturan. Ia juga dapat mengurangkan kegiatan penyeludupan dan membanteras kegiatan perniagaan yang diadakan secara haram.

 Pusat Islam Tarakan.
ISLAMIK: Pusat Islam Tarakan.

Jika perniagaan dijalankan secara sah, pasti ia memberikan kesan positif kepada kerajaan, usahawan dan masyarakat. Beliau berharap agar kerjasama yang dijalin antara kedua pihak itu agar segera direalisasikan.

Turut hadir dalam majlis itu wakil Walikota Tarakan Effendhi Djuprianto dan Sekda Tarakan Hamid Amren.

 Papan lapis berkualiti tinggi.
PAPAN LAPIS: Papan lapis berkualiti tinggi.

Selepas acara di Swissbell itu, melawat PT IDEC  kilang papan lapis atau plywood terbesar di Kalimantan Utara. Kilang papan lapis yang ditubuhkan sejak 1981 kini mengeluarkan papanlapis berkualiti yang dieksport terus ke Jepun dan Taiwan.

Pengalaman berkunjung ke kilang papan lapis itu memberikan peluang kepada kami melihat bagaimana pemprosesan papan lapis. Saya berpeluang melihat batang kayu balak yang besar. Saya jarang sekali melihat pokok kayu yang besar seperti itu. Mungkin tiga atau empat pemeluk. Ini menunjukkan Kalimantan masih memiliki kawasan hutan yang luas.

 Kayu balak diproses jadi papan lapis.
BEGINI CARANYA: Kayu balak diproses jadi papan lapis.

Banyak informasi yang diperolehi dalam kunjungan itu. Kilang itu sendiri memiliki ribuan pekerja yang bekerja secara syif. Kadar gaji di Tarakan termasuk antara yang tertinggi di Indonesia. Kota Tarakan memang sudah terkenal sejak lama sebagai sebuah kota  di Kalimantan yang kaya dengan hasil bumi dan laut.

Selepas kunjungan ke kilang papan lapis itu, masih banyak tempat yang kami kunjungi. Kunjungan yang membuat kami sedikit demi sedikit mengenai Kota Tarakan yang juga dikenali sebagai Bumi Paguntaka itu.

 Rombongan melawat Kilang Papan Lapis terkenal di Tarakan.
MELAWAT: Rombongan melawat Kilang Papan Lapis terkenal di Tarakan.
Advertisement