Anda di sini

Pesta Belon Borneo 2020 jadi acara tahunan jika mendapat sambutan

Advertisement
 Abdul Karim (tiga kiri) menunjukkan tanda bagus pada sidang media berhubung penganjuran Pesta Belon Borneo 2020 semalam. — Gambar Chimon Upon
JULUNG KALI: Abdul Karim (tiga kiri) menunjukkan tanda bagus pada sidang media berhubung penganjuran Pesta Belon Borneo 2020 semalam. — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Pesta Belon Borneo 2020 akan dijadikan acara tahunan jika acara julung kali itu diadakan di bandar raya ini pada 11 hingga 12 April depan mendapat sambutan menggalakkan.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kementeriannya dengan kerjasama penganjur juga akan menganjurkan pesta itu pada skala lebih besar pada masa akan datang sekiranya penganjurannya kali ini berjaya.

“Untuk kali ini enam belon udara panas bersaiz besar akan digunakan, tiga daripadanya dipamer manakala tiga lagi  diterbangkan secara tertambat untuk dinaiki pengunjung dengan bayaran RM50 bagi setiap penumpang.

“Kemasukan ke pesta ini percuma. Diadakan di Dataran Perayaan Jalan Stadium Kuching,” katanya pada sidang media mengenai penganjuran Pesta Belon Borneo 2020 di sini, semalam.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata hasil jualan tiket menaiki belon panas itu akan disalurkan kepada badan-badan amal yang dipilih pihak penganjur.

Menjelas lanjut beliau berkata belon tertambat me-nyaksikan belon diterbangkan oleh juruterbang terlatih akan diikat pada struktur tetap di atas tanah dan diterbangkan pada ketinggian 60 kaki.

“Saya difahamkan, satu belon boleh membawa dua hingga empat penumpang bergantung kepada gabu-ngan berat badan ditetapkan dan tiket terhad kepada 180 penumpang pada satu-satu sesi.

“Pesta ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi (6.30 pagi hingga 9.30 pagi) dan sesi petang (6 petang hingga 9 malam) bagai-manapun ia dibuka kepada orang ramai dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 malam,” jelasnya.

Beliau menambah, acara kemuncak pesta itu ialah pertunjukan ‘Night Glow’ di mana belon udara panas akan dinyalakan mengikut rentak muzik dan lampu pada jam 8.45 malam bagi menandakan tamatnya aktiviti seharian pesta.

Selain itu pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik antaranya ‘Bubble Soccer Game’, ‘Bungee Run’, aksi lucu badut dan ahli sarkas.

Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Hii Chang Kee dan pengerusi penganjur Pesta Belon Borneo 2020 Damien Sii.

Advertisement