Anda di sini

Bunuh pembantu pendaftaran di Sibu, pemandu lori ke tali gantung

Advertisement
 Philip dibawa keluar dari lokap mahkamah.
GANTUNG: Philip dibawa keluar dari lokap mahkamah.

SIBU: Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pemandu lori yang didapati bersalah membunuh seorang pembantu pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini pada 2 Ogos 2018.

Hakim Lim Hock Leng membuat keputusan itu terhadap Philip Uja, 44, selepas mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah terhadap tertuduh.

"Selepas mengambil kira semua aspek serta bukti, termasuk bukti daripada pemandu Grab, jeritan, telefon dan rantai leher mangsa yang digadai serta cubaan membunuh dan sebagainya, tidak dapat dinafikan yang pihak pendakwa raya telah berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah terhadap tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Sehubungan itu tertuduh telah disabitkan membunuh Nurnia Azale Priscilla Edward. Mengikut Seksyen 277 Kanun Acara Jenayah, tertuduh akan digantung sampai mati," ujarnya ketika membacakan keputusan, hari ini.

Mengikut pertuduhan, Philip didakwa membunuh Nurnia Azalea antara jam 8 malam pada 1 Ogos 2018 hingga 2.30 petang pada 2 Ogos 2018 di sebuah bilik sewa di Jalan Tiong Hua.  

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit dengan kesalahan.

Philip diwakili oleh peguam bela yang dilantik Rosli Gapor sementara pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Arif Aizuddin.

  • oleh
  • Advertisement