Anda di sini

Pelantikan enam Ahli Parlimen Sabah dalam Kabinet pusat dapat jaga kepentingan negeri 

Advertisement
NIZAM 
NIZAM 

TAWAU : Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyifatkan keputusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin melantik enam Ahli Parlimen Sabah dalam Kabinet Persekutuan sebagai menjaga kepentingan negeri ini.

"Saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberikan kepercayaan kepada Ahli Parlimen Sabah untuk mengisi kerusi jemaah menteri Kabinet Persekutuan.

"Pelantikkan itu menunjukkan negeri Sabah juga terus diberi perhatian dan keutamaan oleh kerajaan Perikatan Nasional untuk membawa pembangunan dan kemajuan sosioekonomi rakyat di Sabah," katanya.

Beliau yang  juga Ketua Penaja Bersatu Tawau berkata rakyat Sabah harus memberikan sokongan yang penuh kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang dilihat memberikan komitmen untuk menterjemahkan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Kita percaya melalui portfolio Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang diwujudkan dalam Kabinet Persekutuan akan membentuk dasar dan program yang memberi manfaat secara langsung kepada penduduk Sabah dan Sarawak.

"Saya yakin semua Ahli Parlimen Sabah yang dilantik ini mempunyai integriti yang tinggi, berpengalaman dan mampu membantu kepimpinan Perdana Menteri dalam memberikan kesejahteraan kepada rakyat di negeri Sabah serta kemakmuran negara," katanya.

  • oleh
  • Advertisement