Anda di sini

Lima kampung di Nabawan digenangi banjir

Advertisement
 Pasukan bomba yang berada di lokasi untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.
BERSIAP SEDIA: Pasukan bomba yang berada di lokasi untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

KENINGAU: Hujan berterusan selama beberapa jam sejak jam 10 malam kelmarin menyebabkan lima buah kampung di Nabawan digenangi banjir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook Devi Rashedee Engsoi berkata, lima perkampungan yang terjejas banjir termasuklah Ulu Mosopoh, Salarom Baru, Nakuyang, Tiang dan Pemuntarian.

"Bertindak dengan panggilan yang diterima kita menggerakkan empat anggota dan sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama bot penyelamat ke lokasi bagi menjalankan kerja penyelamatan.

 Salah satu kawasan yang dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan di sini.
BANJIR: Salah satu kawasan yang dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan di sini.

"Sebaik tiba, pasukan penyelamat bagaimanapun tidak dapat mausk ke kawasan banjir berikutan laluan utama untuk ke perkampungan ini digenangi banjir sedalam dua meter," katanya.

Tambahnya bot jenis aluminium yang dipinjam daripada BBP Tenom juga tidak dapat masuk ke perkampungan berikutan laluan yang tidak sesuai dengan jenis bot berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan membincangkan masalah ini secara terperinci melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Nabawan bagi mendapatkan kaedah penyelesaian terbaik.

 Pasukan bomba sukar melalui jalan masuk ke perkampungan berikutan paras banjir mencecah dua meter.
DALAM: Pasukan bomba sukar melalui jalan masuk ke perkampungan berikutan paras banjir mencecah dua meter.

"Pasukan bomba dan beberapa pasukan lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Bomba Sukarela Nabawan bersiap sedia di lokasi bagi sebarang kemungkinan.

"Lokasi juga masih dilanda hujan lebat dan kedalaman banjir semakin naik," katanya.

  • oleh
  • Advertisement