Anda di sini

Hina agama Islam dan Kristian, seorang warganet diberkas

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang warganet ditangkap selepas dipercayai memuat naik kenyataan menghina agama Islam dan Kristian dalam Facebook pada Isnin.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata suspek ditangkap di sebuah rumah di Tabuan Dusun, di sini sekitar kam 9.30 malam susulan daripada laporan polis yang dibuat terhadapnya.

"Suspek ditangkap sekitar jam 9.30 malam tadi dan akan direman petang ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Muktimedia.

Advertisement