Anda di sini

The Dixie Chicks kembali dengan album baru selepas 14 tahun

Advertisement
 

LEBIH sedekad selepas mereka disenaraihitamkan tanpa adab dari dunia muzik, kumpulan The Dixie Chicks baru-baru ini mengumumkan album studio pertama mereka sejak George W. Bush duduk di Rumah Putih.

Kumpulan trio country yang berpangkalan di Texas itu mengeluarkan lagu single kemunculan semula mereka ‘Gaslighter’ bersama sebuah video muzik, dan berkata mereka akan mengeluarkan album baharu pertama mereka sejak 2006 pada 1 Mei.

Kumpulan yang menjadi terkenal pada hujung tahun 1990an lenyap dari pentas utama dalam dunia muzik seleaps penyanyi utama Natalie Maines memberitahu di satu pertunjukan di London bahawa dia “malu” Bush berasal dari Texas – dan kumpulan itu “tidak mahukan peperangan ini, keganasan ini”, yang merujuk kepada serangan yang dilancarkan ke atas Iraq.

Komen itu tular dan banyak stesen radio country dengan cepat meninggalkan muzik mereka – termasuk lagu hit seperti ‘Wide Open Spaces’, ‘Goodbye Earl’ dan lagu cover yang popular bagi lagu Fleetwood Mac ‘Landslide’.

“Can the words that I said / Send somebody so over the edge / That they’d write me a letter / Saying that I better Shut up and sing / Or my life will be over?” Maines bernyanyi dalam satu-satunya kejayaan aliran utama pasca-insiden bagi kumpulan itu setakat ini, ‘Not Ready To Make Nice’.

Country dianggap oleh ramai sebagai genre paling konservatif dalam dunia muzik Amerika Syarikat.

Ramai pengkritik melihat peminggiran trio itu sebagai titik perubahan yang dengan tegas memadamkan sebarang kelebihan yang ada, dan artis bimbang akan mengalami nasib yang sama (‘Dixie Chicked’) jika mereka menyuarakan pendapat.

“Saya rasa seakan-akan kami tercemar,” kata Maines kepada majalah Rolling Stone pada 2013.

Namun pada Rabu lepas, kumpulan itu kembali dengan kuat sekali: selain lagu single dan video berkenaan, mereka menerbitkan gambar promosi yang memaparkan Maines, Emily Robison dan Martie Maguire yang membawa obor seperti ‘Statue of Liberty’ sambil memakai topeng gas, dalam landskap ala medan peperangan yang disinari warna merah jambu pada waktu senja.

‘Gaslighter’ mengembalikan kenangan kepada kumpulan Dixie Chicks yang hangat pada masa lalu, dengan memaparkan lirik tajam tetapi berlapis dan harmoni yang terperinci.

Sisi politik Maines sama sekali tidak lenyap: artis berusia 45 tahun itu merupakan pengkritik Presiden Donald Trump yang lantang.

“Dengar, saya rasa ia tidak dapat dipercayai bagaimana orang bercakap buruk mengenai Presiden! Ia tidak dapat diterima! Ini adalah Presiden kita!” dia menulis dalam satu paparan Instagram pada 2018 yang sarat dengan kesinisan.

“Berani anda mengejek golongan sakit mental dan warga emas?” — AFP

Advertisement