Anda di sini

Tambadau bawa semangat kemenangan hadapi Pahang

Advertisement
PETER ANTHONY
PETER ANTHONY

 

KOTA KINABALU: Skuad Tambadau Sabah bawa semangat kemenangan apabila berhadapan dengan Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam esok.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony berkata, kemenangan ke atas Felda United di Stadium Likas, Sabtu lalu, memperlihatkan adanya faktor kemenangan dalam skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto.

"Mereka telah mempamerkan aksi yang boleh menghasilkan kemenangan dengan menumbangkan Felda United 3-1 di Stadium Likas, Sabtu lalu. Ia adalah satu suntikan semangat dan keyakinan buat pasukan.

"Saya harap dapat melihat aksi sama atau yang lebih baik dari itu dalam pertemuan menentang Pahang esok. Ia bukan tugas mudah kerana harus diingat bahawa Pahang adalah antara pasukan gergasi negara dan merupakan naib juara Liga Super musim lalu," kata Peter ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, sebagai antara pasukan paling berpengalaman dalam saingan Liga Super, kedudukan Pahang di kelompok tercorot selepas kalah kedua-dua perlawanannya sebelum ini menjadikan mereka lebih berbahaya.

"Apapun, kita tidak perlu memikirkan sangat tentang lawan sebaliknya perlu fokus kepada diri sendiri. Kita hormati Pahang sebagaimana lawan lain tetapi saya juga yakin Tambadau Sabah kita ada kemampuan memberi saingan sengit," kata Peter.

Beliau percaya, barisan jurulatih yang diketuai Kurniawan juga sudah ada percaturan terbaik menghadapi lawan bergelar Tok Gajah itu.

"Perlawanan-perlawanan sebelum ini menunjukkan Tambadau Sabah kita memiliki pemain seimbang dalam kesebelasan utama dan dibangku simpanan. Ia terpulang kepada jurulatih apa percaturan dan siapa kombinasi pemain sesuai untuk melaksanakannya.

"Bagaimanapun saya dimaklumkan kita masih hanya diperkuatkan dengan empat import kerana seorang lagi import, Dennis Buschening masih dibelenggu kecederaan dan tidak tersenarai dalam 18 pemain yang di bawah ke Pahang," kata Peter.

Lapan belas pemain yang disenaraikan Kurniawan sama seperti ketika menentang Felda United yang terdiri daripada kesebelasan utama iaitu Wan Muhd Azraie Wan Teh, Rawilson Batuil, Park Tae Su, Mohd Azzizan Nordin, Kassy Guy Mickael Gnabouyou, Petrus Shitembi, Randy Baruh, Muhd Zubir Azmi, Mohd Azwan Fattah, Ummareng Bacok dan Rodoljub Paunovic serta tujuh pemain yang bermula di bangku simpanan iaitu Mafry Balang, Alto Linus, Hamran Peter, Jenius Karib, Maxsius Musa, Evan Wensley Wenceslaus dan Rozaimie Rohim.

Sambil itu, Peter turut menyeru kepada para penyokong Tambadau yang berada di Kuantan atau kawasan berhampiran supaya datang beramai-ramai ke Stadium Darul Makmur untuk menyuntik semangat pemain.

"Pada musim lalu, para penyokong sentiasa bersama kita walaupun kita beraksi di gelanggang lawan. Saya harap ini akan berterusan musim ini," katanya.

Kedudukan
P M S K J B PG MT
1. Melaka Utd 2 2 0 0 5 1 4 6
2. JDT 2 2 0 0 3 1 2 6
3. Perak 2 1 1 0 4 2 2 4
4. Sabah 2 1 1 0 3 1 2 4
5. PJ City 2 1 1 0 4 3 1 4
6. Selangor 2 1 1 0 3 2 1 4
7. Terengganu 2 1 0 1 5 6 -1 3
8. Felda Utd 2 0 1 1 2 4 -2 1
9. PDRM 2 0 1 1 1 3 -2 1
10. Kedah 2 0 0 2 3 5 -2 0
11. Pahang 2 0 0 2 3 5 -2 0
12. UiTM FC 2 0 0 2 1 4 -3 0

Jadual perlawanan esok (10 Mac)
Pahang lwn Sabah (Std Darul Makmur, Kuantan, 9.00 mlm)
PDRM lwn JDT (Std Bola sepak KL, Cheras, 9.00 mlm)



 

  • oleh
  • Advertisement