Anda di sini

Portfolio khas untuk Sabah, Sarawak dalam kabinet persekutuan baharu

Advertisement
(dari kiri) Maximus dan Hanifah
(dari kiri) Maximus dan Hanifah

KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mewujudkan portfolio khusus Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di kabinet persekutuan baharu yang diumumkan pada petang ini.

Beliau memberikan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) kepada Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, dan melantik Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib sebagai Timbalan Menteri.

Muhyiddin berkata kerajaan pusat Perikatan Nasional (PN) serius dalam menangani isu-isu yang melibatkan pembangunan sosio-ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak.

"Kabinet saya akan memastikan semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan diterjemah dalam bentuk dasar dan program yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah dan Sarawak secara langsung," katanya semasa mengumumkan barisan kabinet baharu di Putrajaya.

Maximus yang merupakan Ahli Parlimen Kota Marudu, merupakan seorang daripada lima Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam kabinet Muhyiddin.
 

Advertisement