Anda di sini

Petanque MAKSAK 2020: Misi Betong pertahankan juara

Advertisement
 Pasukan MAKSAK Betong menggalas tugas berat mempertahankan kejuaraan mereka.
MISI PERTAHAN JUARA: Pasukan MAKSAK Betong menggalas tugas berat mempertahankan kejuaraan mereka.

SARATOK: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Bahagian Betong menyertai Pertandingan Petanque Berpasukan (Campuran) MAKSAK Sarawak di Samarahan.

Pertandingan itu berlangsung dua hari pada 7 dan 8 Mac ini.

Pegawai Daerah Kecil Nanga Budu Saratok, Laga Kueh selaku pengurus pasukan Petanque Bahagian Betong memaklumkan misi kali ini adalah mempertahankan kejuaraan kali keempat.

Pasukan Petanque MAKSAK Betong menjuarai pertandingan ini pada 2014 di Santubung Kuching, juara pada 2016 di Mukah dan juara di Limbang pada 2018 seterusnya mewakili Sarawak ke pertandingan Petanque MAKSAK Malaysia di Perak pada 2018.

Jurulatihnya, Abang Shamshudin Abang Ahmad tidak menyangkal  sukar MAKSAK Betong mempertahankan kejuaraan memandangkan ramai pemain senior bersara dan muka baharu diketengahkan.

Untuk rekod pencapaian terbaik pasukan ini adalah mencungkil bakat-bakat pemain sehingga salah seorang pemainnya mewakili Malaysia ke peringkat Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Advertisement