Anda di sini

Lori muat ikan terjatuh masuk gaung

Advertisement
 Keadaan lori ikan yang terbabas masuk gaung di jalan Semporna-Tawau.
MASUK GAUNG : Keadaan lori ikan yang terbabas masuk gaung di jalan Semporna-Tawau.

SEMPORNA : Sebuah lori membawa muatan ikan terjatuh ke dalam gaung selepas terbabas sendiri di Jalan Semporna-Tawau, di sini.

Pusat gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 12.10 tengah hari.

Sebanyak 9 anggota bomba daripada Balai Bomba Semporna yang diketuai PBK II Rosman Gari dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut ketua operasi terdapat tiga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Dua mangsa berjaya keluar sendiri dari kenderaan terbabit manakala seorang mangsa masih tersepit.

Bagaimanapun, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Semporna dengan menggunakan jentera EMARS dan Ambulan untuk menerima rawatan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada jam 1 petang.

  • oleh
  • Advertisement