Anda di sini

Curi keju, mentega dan kopi, tak cukup duit menyara keluarga dan bayar bil elektrik

Advertisement
 

KUCHING: Seorang lelaki yang terdesak hendak membayar bil elektrik dan menyara adik beradiknya sehingga terpaksa mencuri keju, mentega dan kopi segera dihukum penjara 45 hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mohd Zamri Matnor, 27, didakwa mencuri sembilan unit keju Cheddar, lapan unit krim keju, 13 buku mentega dan sebungkus kopi segera 3-dalam-1 di sebuah pasar raya besar di Petra Jaya.

Menurut peguamnya, Hani Iryani, Zamri memerlukan wang bagi menanggung perbelanjaan persekolahan adik-beradiknya.

Dia juga katanya memerlukan wang bagi membayar bil elektrik rumah mereka.

“Dia juga mendapati bapanya lewat dalam membayar bil elektrik dan pihak berkuasa telah datang ke rumah beberapa kali untuk memotong bekalan elektrik,” katanya.

Zamri mengaku bersalah atas tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zaiton Anuar. 

Perbuatan itu dilakukannya pada 19 Julai tahun lalu, jam 4.08 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

  • oleh
  • Advertisement