Anda di sini

Anak petani dari Bintangor dapat 9A, belajar guna kanta pembesar kerana masalah penglihatan 

Advertisement

KUCHING: Pernah patah semangat untuk belajar kerana masalah penglihatan, hasil galakan dan sokongan guru termasuk rakan baiknya, anak petani dari Bintangor berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jane Teng Siew Wei dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong, Bintangor mendapat keputusan 9A dalam SPM yang baharu dikeluarkan hari ini.

"Saya mengalami masalah mata ini sejak tingkatan empat menyebabkan saya pernah berasa patah semangat, selalu menangis, sedih dan berada tidak berguna kerana kekurangan pada diri.

"Namun, cikgu selalu memberi semangat, bimbingan serta galakan kepada saya, malah kawan baik saya selalu membantu saya, kalau tidak faham dia juga akan ajar saya, dia memang kawan baik saya," katanya ketika ditemui pemberita di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Jane ditemani ibunya, Ngu Leh Ching menunjukkan sijil keputusan cemerlangnya.
Jane ditemani ibunya, Ngu Leh Ching menunjukkan sijil keputusan cemerlangnya.

Tambahnya, dalam tempoh setahun baharulah dia dapat menerima kekurangan pada dirinya.

"Semasa tingkatan empat saya selalu menangis dalam kelas sebab kekurangan diri, saya tidak dapat menerima kekurangan saya.

"Saya ambil tempoh satu tahun baharu dapat terima keadaan kekurangan pada diri dan semasa tingkatan lima saya bersemangat dan belajar bersungguh-sungguh," jelas Jane.

Berkongsi pengalamannya ketika belajar meskipun mengalami masalah penglihatan, Jane berkata, dia terpaksa menggunakan kanta pembesar.

Malah, dia memberitahu, walaupun tidak masuk ke kelas tuisyen kerana tempat tinggal agak terpencil namun tekadnya untuk mencapai keputusan cemerlang tidak pernah pudar.

"Saya belajar di rumah enam jam sehari sendiri," tambah yang merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik itu. 

Dia yang bercita-cita menjadi seorang guru berkata, hasratnya selepas ini mahu melanjutkan pelajaran ke institut pendidikan guru (IPG) bagi mengapai cita-citanya itu. 

"Saya ingin membantu lebih ramai pelajar yang mengalami masalah penglihatan seperti saya," katanya.

Jane menerima sijil pelajar cemerlang daripada Pengarah Pendidikan Sarawak Dr Azhar Ahmad.
Jane menerima sijil pelajar cemerlang daripada Pengarah Pendidikan Sarawak Dr Azhar Ahmad.

Sementara itu, Kelvin Ngu Zhu Hao dari SMK Sacred Heart, Sibu yang memperolehi 11A+ turut berkongi rahsia yang memberitahu, tumpuan dalam kelas amat membantunya.

"Memberi tumpuan dalam kelas ketika cikgu mengajar adalah penting selain berdisiplin dan belajar di rumah," katanya.

Menurutnya lagi, selepas ini dia akan melanjutkan pelajarannya ke tahap yang lebih tinggi untuk mengajar cita-citanya sebagai jurutera.

Kelvin gembira perolehi 11A+ dalam SPM
Kelvin gembira perolehi 11A+ dalam SPM
  • oleh
  • Advertisement