Anda di sini

Konsert ‘Innuendo - The Return’ di Istana Budaya pada 10 April

Advertisement
 

KUMPULAN R&B terkemuka Malaysia, INNUENDO, kembali ke industri muzik dengan konsert ‘comeback’ mereka yang dibawakan khas oleh Shiraz Projects Sdn Bhd pada 10 April depan, jam 8.30 malam, di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Selepas berehat atau ‘hiatus’ panjang dari industri muzik, INNUENDO kembali dengan konsert untuk meraikan kemunculan semula mereka, INNUENDO – THE RETURN.

Konsert dengan durasi dua jam itu tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat setia atau ‘die hard fan’ mereka kerana INNUENDO akan melagukan ‘repertoire’ dari album mereka di antaranya ‘Selamanya’, ‘Gemawan’, ‘Ratu Hati’, ‘Belaian Jiwa’ dan banyak lagi.

Konsert yang memang dinanti-nantikan ini bakal menjadi sebuah malam yang diingati tambahan pula dengan kemunculan legenda Michael Veerapan sebagai pengarah muzik beserta 12 pemuzik yang akan mengiringi konsert ini.

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert khas ini yang berharga RM695 (Meet and Greet), RM355 (Diamond), RM255 (platinum), RM125 (Gold) boleh didapati di www.myticket.asia.

Maklumat lanjut mengenai konsert ini boleh didapati di laman sesawang rasmi Shiraz Projects di www.shirazprojects.com.

Advertisement