Anda di sini

BTS batalkan konsert selepas kes virus di Korea Selatan meningkat secara mendadak

Advertisement

BINTANG mega K-Pop BTS pada Jumaat membatalkan empat konsert di Seoul yang dijadual berlangsung pada April selepas kes koronavirus COVID-19 di Korea Selatan melonjak hampir 600, peningkatan terbesar berbanding jumlah harian di China di mana penyakit itu mula dikesan.

Kumpulan yang dianggotai oleh tujuh anak muda itu, yang pada waktu ini artis terbesar di dunia, telah menjadualkan empat konsert di Olympic Stadium ibu kota itu untuk mempromosikan album baharu mereka, ‘Map of the Soul: 7’.

Lebih 200,000 peminat dijangka akan menyaksikan konsert itu, kata agensi mereka Big Hit Entertainment dalam satu kenyataan, dengan “sejumlah syarikat produksi global dan sekumpulan besar kru pakar antarabangsa” turut terlibat.

Ia adalah “mustahil pada waktu ini untuk meramalkan skala penyebaran itu,” katanya, sehingga mencetuskan ketidakpastian yang ia “tidak dapat dielakkan” bahawa pertunjukan itu dibatalkan “tanpa sebarang penangguhan”.

“Kita harus memandang serius kesihatan dan keselamatan beratus ribu tetamu serta juga artis kita,” tambahnya. — AFP

Advertisement