Anda di sini

Hero Remaja 2020 rai tiga dekad di Astro Ria malam ini

Advertisement
 Finalis ‘Top 12’ bersama Scha Alyahya & Datuk Hans saac (Juri Tetap) dan Ain Edruce (Pengacara) untuk Pencarian ‘Hero Remaja 2020’.
BARISAN FINALIS: Finalis ‘Top 12’ bersama Scha Alyahya & Datuk Hans saac (Juri Tetap) dan Ain Edruce (Pengacara) untuk Pencarian ‘Hero Remaja 2020’.

PROGRAM ‘Hero Remaja 2020’ akan bersiaran selama lapan minggu pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam bermula hari ini (27 Februari 2020) secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Baru-baru ini pihak Astro menerusi saluran Astro Ria dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. mengumumkan kerjasama strategik dalam menganjurkan  program pencarian bakat, ‘Hero Remaja 2020’ yang juga merupakan penganjuran edisi kesepuluh sejak pertama kali diperkenalkan lebih tiga dekad yang lalu iaitu di sekitar tahun 1990.

Seramai hampir 600 calon peserta telah hadir untuk mencuba nasib sewaktu sesi ujibakat yang berlangsung selama empat hari pada 21, 22, 28 dan 29 Disember 2019 di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Daripada jumlah tersebut, seramai 12 finalis terbaik telah disenarai pendek menerusi sesi saringan yang ketat untuk diserap masuk. Kesemua mereka juga akan turut ditempatkan di bawah satu bumbung untuk dikuarantin bagi tempoh hampir 2 bulan untuk menjalani sesi penggambaran program ini.

Selebriti popular, Scha Al Yahya yang pernah dimahkotakan sebagai Dewi Remaja 2005/06 dan Datuk Hans Isaac turut menjadi antara tarikan utama pencarian edisi kali ini kerana gandingan ini sekali lagi dilantik sebagai juri tetap yang bakal mengadili pencarian Hero Remaja 2020 serta turut bertindak sebagai mentor kepada para peserta.

Manakala pelakon dan pengacara yang semakin meningkat naik, Ain Edruce pula diberi mandat untuk mengendalikan pencarian kali ini sebagai hos program.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ‘Hero Remaja 2020’ turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Astro Go dan on demand.

Advertisement