Anda di sini

60 sertai kursus University4Society penternakan ikan air tawar

Advertisement
 Peserta kursus merakam kenangan bersama pihak penganjur.
TAMBAH ILMU: Peserta kursus merakam kenangan bersama pihak penganjur.

BINTULU: Seramai 60 peserta dari seluruh Sarawak menyertai Kursus Teknik Penghasilan Anak Ikan dan Pengurusan Ternakan Ikan Air Tawar dalam sangkar dan kolam anjuran Taman Pertanian Universiti (TPU) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) pada hujung minggu lalu di UPMKB di sini.

Pengarah Taman Pertanian dan Pembangunan UPMKB Dr Ong Kian Huat berkata, kursus itu adalah antara satu siri kursus latihan yang dirancang TPU bagi tahun ini sebagai sebahagian program University4Society.

Ketua TPU Nalong Buda berkata, kursus itu bertujuan menyahut saranan kerajaan bagi meningkatkan pembangunan industri pertanian di Malaysia terutama di Sarawak, meningkatkan kemahiran penternak de-ngan kaedah dan amalan baik pertanian untuk kebolehlaksanaan projek yang berdaya maju serta untuk memindahkan teknologi terkini kepada penternak bagi meningkatkan pro-duktiviti dan kualiti hasil ladang.

Selain itu katanya, kursus itu juga untuk menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada penternak supaya dapat menjadi usahawan yang berjaya.

Sementara itu pengerusi penganjur kursus Carlina Freddie Simol@Rachellynna berkata, kursus itu bermanfaat kepada peserta melalui pendedahan secara teori berkaitan pengurusan penternakan ikan air tawar dalam kolam, taklimat secara teori berkaitan pengurusan penternakan ikan air tawar dalam sangkar, taklimat secara teori berkaitan pemaka-nan ikan dan pengurusan kesihatan ikan air tawar.

Jelasnya, kursus itu juga memberi pendedahan secara praktikal teknik pembenihan secara aruhan ikan air tawar (penyuntikan hormon pe-rangsang pada induk dan pro-ses persenyawaan telur) serta penyediaan tangki penetasan, menggalakkan spesies ikan tempatan (Clarias nieuhofii) sebagai alternatif yang se-suai untuk memperkenalkan spesies seperti ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) serta mengetahui berkaitan pe-ngurusan anak benih peringkat larva selepas penetasan (pemberian makanan dan kualiti air).

Katanya, turut didedah-kan adalah cara penyediaan makanan anak ikan peringkat larva dan memberi pengetahuan cara penyediaan sang-kar bagi penternakan ikan air tawar.

Ahli jawatankuasa penganjurnya Dexter Elvin Menari berkata, kursus menerapkan aktiviti berbentuk sesi kuliah dan kelas praktikal yang dilaksanakan staf akademik UPMKB Dr Mohamad Faizul Mat Isa dan dibantu pe-ngamal bidang berpengalaman Lirong Yu Abit.

Advertisement