Anda di sini

‘NYAWA’, taruhan pertama Nadeera

Advertisement
 

PERNAH muncul dalam beberapa program realiti hiburan, Nadeera kini lebih serius untuk menempa nama dalam industri muzik apabila mempertaruhkan single pertama, iaitu ‘Nyawa’.

Farah Nadeera Zaini atau lebih mesra disapa Nadeera, mengakui bahawa dia menaruh minat dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi.

Menurut Nadeera, bapa beliau menjadi pendorong utama untuk menceburi industri muzik setelah menyedari bakat yang dimilikinya.

Nyawa, lagu ciptaan Acap Salim (Media Asia Production SdnBhd)dan lirik daripada Acap Salim dan Lewis Rahimi (Media Asia Production SdnBhd) ini mengisahkan tentang kisah rumah tangga yang tidak bertahan lama apabila seorang isteri tidak setia dalam perhubungan sehingga menyebabkan penceraian.

“Secara peribadi lagu ini amat bermakna buat saya di mana ia adalah taruhan pertama saya dalam industri. Lagu ini juga amat dekat dengan diri saya apabila melihat pengalaman sekeliling yang mana kebanyakan apa yang berlaku, seseorang itu sukar menghargai pasangannya melainkan setelah pasangan tersebut meninggalkan kita,” ujar Nadeera.

Bercerita mengenai single pertama Nadeera, beliau berharap lagu ini diterima baik pendengar dan menyokong permulaan beliau untuk mengembangkan bakat di persada seni. Muzik video rasmi Nyawa, edaran Media Asia Production SdnBhd (Map Music) ini boleh ditonton bermula 21 Februari di saluran Youtube dan juga boleh didapati di semua platform digital muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox, Deezer dan juga Apple Music.

Advertisement