Anda di sini

Bapa rogol anak dipenjara 26 tahun, 15 sebatan

Advertisement
 

SANDAKAN: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama 26 tahun dan disebat sebanyak 15 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol anak perempuannya.

Hakim Indra Haji Ayub menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas tertuduh yang berusia 46 tahun selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu.

Dia dituduh merogol anak perempuannya yang berusia 15 tahun kira-kira jam 8 pagi pada 24 Januari tahun ini di sebuah rumah ladang di Beluran.

Tertuduh yang tidak mempunyai keterangan diri diperintah menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkapan pada 26 Januari 2020.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Mark Kenneth Netto.

Untuk itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

  • oleh
  • Advertisement