Anda di sini

Azmin Ali, Zuraida dipecat dari PKR serta merta 

Advertisement
(dari kiri) Azmin dan Zuraida

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dipecat dari parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di ibu pejabat parti di sini sebentar tadi.

Saifuddin Nasution berkata keputusan itu diambil berdasarkan konsensus dengan mengambil kira perkembangan politik semasa termasuk pertemuan antara mereka dengan anggota Parlimen pembangkang semalam. - Bernama

Advertisement