Anda di sini

Tiga projek Kerajaan Sarawak di Sibu Jaya berjalan lancar

Advertisement
Dr Sim (lima dari kiri) diberi penerangan oleh wakil dari HDC mengenai pelaksanaan dua projek jalan masuk di Sibu Jaya .
Dr Sim diberi penerangan oleh pegawai HDC mengenai pelaksanaan dua projek jalan masuk di Sibu Jaya .

SIBU: Pelaksanaan tiga projek Kerajaan Sarawak di Sibu Jaya yang berjumlah hampir RM35 juta berjalan lancar dan mengikut jadual kerja ditetapkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, projek berkenaan adalah projek Masjid Darul Husna yang bernilai kira-kira RM25.8 juta dan dua jalan masuk yang bernilai kira-kira RM9 juta.

"Ketiga-tiga projek yang dilaksana secara tander terbuka ini dijangka akan siap pada tahun depan dan bakal memberi manfaat besar kepada penduduk di Sibu Jaya," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerjanya ke tapak projek Rumah Spektra Permata (RSP), Kemuyang Sibu, hari ini.

Terdahulu, Dr Sim mengadakan lawatan ke tapak Masjid Darul Husna dan dua jalan masuk di Sibu Jaya.

Semasa di Sibu Jaya, Dr Sim turut meninjau pelaksanaan projek Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada November tahun lalu.

Katanya, projek berkenaan turut berjalan lancar dan kini telah siap 25 peratus.

"Pembangunan Sibu Jaya sangat penting kerana itu kita membina banyak fasaliti atau kemudahan yang diperlukan oleh rakyat seperti jalan raya, perpustakaan, rumah dan sebagainya.

"Sebab itu kita turun padang untuk memastikan semua projek-projek ini dilaksana mengikut jadual yang telah ditetapkan," katanya.

Di samping itu, beliau turut memberitahu bahawa penyelenggaraan melibatkan baik pulih atap dan menaik taraf struktur bumbung sebanyak 1,600 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sibu Jaya dan dan 500 unit PPR di Batu Gong, Kuching akan dilaksanakan.

Hadir sama, Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa'ee, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak Mohd Asman Ahmad, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw dan yang lain.

  • oleh
  • Advertisement