Anda di sini

Polis Sepanyol selamatkan enam pekerja kilang rokok bawah tanah

Advertisement
 Gambar menunjukkan polis Sepanyol memasuki kilang rokok tiruan di dalam sebuah kubu bawah tanah di Monda, selatan Sepanyol  kelmarin. — Gambar AFP
TERBONGKAR: Gambar menunjukkan polis Sepanyol memasuki kilang rokok tiruan di dalam sebuah kubu bawah tanah di Monda, selatan Sepanyol kelmarin. — Gambar AFP

MALAGA: Polis Sepanyol menyelamatkan enam pe-kerja yang dibiarkan terperangkap dan mengalami kekurangan udara di dalam sebuah kilang rokok tiruan terletak di kubu bawah tanah sedalam kira-kira empat meter, kata polis dan Europol kelmarin.

Kedua-dua polis Europol dan Sepanyol menyatakan ia adalah kilang rokok tiruan pertama bawah tanah yang ditemui dalam Kesatuan Eropah (EU).

Polis menemui kawasan tersebut pada minggu lepas di bawah beberapa kandang kuda berhampiran Moran, sebuah pekan pergunungan di wilayah selatan Malaga.

Berkemampuan untuk menghasilkan lebih 3,500 batang rokok dalam sejam, kompleks pengeluaran itu dilengkapi dengan kuarters penempatan dan katil, kata mereka dalam keterangan berasingan.

“Ketika pihak berkuasa memasuki kilang terpencil itu, mereka menemui enam pekerja di dalam yang sedang mengalami masalah sukar untuk bernafas yang serius” kerana generator yang digunakan untuk mengepam udara ke dalam kubu bawah tanah itu kehabisan gas, menurut kenyataan polis Sepanyol.

Polis menahan 20 orang disyaki menjalankan operasi itu pada awal 13 Februari namun tiada seorangpun daripada mereka menyebut bahawa enam pekerja Ukraine masih terperangkap di dalamnya, meninggalkan mereka “berdepan dengan nasib mereka sendiri”.

“Ketika mereka menye-dari tentang kekurangan udara, mereka menuju ke pintu keluar ‘kubu bawah tanah’, yang disekat dari luar, menyebabkan mereka mula menjerit dan meng-hentak kontena yang menghalang pintu keluar, namun pihak berkuasa di tingkat atas tidak dapat mendengar jeritan mereka meminta to-long kerana bangunan itu kalis bunyi.”

Pada waktu petang, pihak berkuasa berjaya menemui kilang bawah tanah dan menggunakan sebuah trak angkat susun bagi memindahkan kontena perkapalan yang menyembunyikan pintu itu, dan menyelamatkan pekerja yang terperangkap di dalamnya.

“Sekiranya pihak berkuasa tidak menemui kilang rahsia tepat pada masanya, kekurangan oksigen akan membuatkan keadaan di dalam bangunan bawah tanah itu tidak dapat menampung kelangsungan hidup pekerja yang berada di dalamnya,” jelas kenyataan tersebut.

Di antara orang yang ditangkap adalah seorang rakyat British berusia 30 tahun hanya dikenali dengan nama singkatannya D.D. yang dipercayai sebagai salah seorang ketua kumpulan.

Dikehendaki oleh pihak berkuasa Britain, dia berada dalam buruan ketika dalam cuti panjang penjara semasa menjalani hukuman penjara untuk pengedaran dadah.

Europol berkata pekerja dipaksa untuk bekerja “dalam keadaan yang sangat berbahaya dan bertoksik” serta “tidak dibenarkan untuk meninggalkan bangunan itu sendirian”.

Ia mengesyaki kumpulan penjenayah tersebut meng-agihkan rokok dalam pasaran gelap Eropah.

Sebagai sebahagian daripada operasi itu, polis me-rampas 153,000 peket rokok termasuk sekuantiti damar ganja dan kanabis. — AFP

Advertisement