Anda di sini

Pertandingan setiap bulan untuk pemain boling padang

Advertisement
LADISLAUS
LADISLAUS

 

KOTA KINABALU: Persatuan Boling Padang Negeri Sabah (Bowls Sabah) merancang menghantar atletnya menyertai beberapa pertandingan setiap bulan dalam persiapannya mengahadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 2020 Johor.

Presiden Bowls Sabah Datuk Ladislaus Maluda berkata, perancangan itu bermula dengan menghantar atletnya menyertai Kejohanan COC di Bukit Kiara Kuala Lumpur dan Kejohanan Kebangsaan bawah 25 tahun di Ipoh, Perak bulan ini.

Mereka juga akan memanfaatkan dengan menghantar skuad penuh dalam kejohanan Tertutup Sabah 2020 dan Piala Presiden di sini sebelum menyertai Kejohanan Perseorangan Kebangsaan di Bukit Kiara Kuala Lumpur bulan depan.

Perancangan seterusnya adalah menyertai Kejohanan Pairs dan Triples Kebangsaan di Seremban pada April, Piala Toh Puan Sagiyah di Ipoh (Mei), dan Kejohanan Antarabangsa Piala Mahsuri di Langawi (Jun).

"Dalam pada itu, kami juga akan mengadakan kem latihan pusat di Keningau pada April dan di Bayu Emas, Selangor pada Julai sebelum menghadapi SUKMA di Johor," kata Ladiuslaus ketika dihubungi di sini kelmarin.

Menurutnya, ketika ini 19 pemain iaitu sembilan lelaki dan sembilan wanita telah disenaraikan dalam persiapan SUKMA.

"Bagaimanapun ia adalah adalah senarai panjang. Ia akan disenarai pendek lagi di mana hanya 12 pemain iaitu enam lelaki dan enam wanita akan disenarai akhir membawa cabaran Sabah di SUKMA nanti," katanya.

Pemain lelaki dalam senarai panjang itu terdiri daripada Mohd Shah Ridzuan Manis, Edver Rivaldee Holiday, Kesley Mervin  Zosmi, Muhammad Hafiz Firdaus Mohd Affendy, Abdul Manaf Saujor, Asmirul Arispadillah, Mohd Afif Aiman Mohd Afendy, Abi Ahmad dan Elldy Maxlanzie Zosmi.

Pemain wanita pula terdiri daripada Dayangku Haslyn Suraya Awang Husin, Elvy Alfera Justine,  Siti Nur Shiqah Saujor @ Amin, Norcahaya Zakaria, Nurnajmi Jannah Jali, Nur Zarifah Wajihah Zaidi, Nurul Hafizah Abdul Hanafi, Adilah Justine dan Aleeya Adriana Ade Azihan.

"Pemain-pemain ini menjalani latihan di Kota Kinabalu dan Keningau di bawah jurulatih Abdul Murah Laksanah dan Justine Malintau.

"Senarai akhir pemain akan dimuktamadkan pada Mei," kata Ladislaus.



 

  • oleh
  • Advertisement