Anda di sini

Kota Belud kecewakan Keningau

Advertisement
 Skuad bola tampar bawah 12 tahun lelaki dan perempuan Keningau merakamkan gambar kenangan selepas majlis penyampaian hadiah.
FINALIS: Skuad bola tampar bawah 12 tahun lelaki dan perempuan Keningau merakamkan gambar kenangan selepas majlis penyampaian hadiah.

KUNAK: Kota Belud menang 2-1 untuk menghampakan Keningau di perlawanan akhir buat tahun kedua Kejohanan Bola Tampar Bawah 12 Tahun Perempuan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Sabah 2020 di sini, baru-baru ini.

Ia adalah perlawanan akhir kedua tahun berturut-turut Keningau di bawah bimbingan Stanley Ian selepas kali pertama di venue sama tahun lalu tetapi turut kecewa ditangan Tenom.

Bagaimanapun, kekcewaan pasukan daripada  pedalaman itu sedikit terubat apabila mereka  dinobatkan sebagai pasukan terbaik kejohanan manakala pemain mereka, Carolena Cornelius dipilih sebagai pemain setter perempuan terbaik.

Terdahulu, Keningau menang kesemua aksi peringkat kumpulan iaitu menewaskan Sandakan, Semporna dan juga Kota Kinabalu.

Mereka kemudian mengekalkan prestasi baik di peringkat kalah mati apabila menewaskan Telupid di suku akhir, seterusnya mara ke final selepas menundukkan Pensiangan di separuh akhir.

"Kami sekali lagi kurang bernasib baik pada tahun ini, namun, kami akan terus berusaha agar sasaran untuk muncul juara tercapai suatu hari nanti, kami akan kembali lebih kuat tahun depan.

"Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain, pengerusi teknik bola tampar, pengurus pasukan, jurulatih serta ibu bapa yang memberikan komitmen terbaik.

"Terima kasih juga kepada PPD Keningau yang sentiasa menyokong kontinjen Keningau bermula dari latihan sehingga selesai kejohanan," kata Stanley ketika dihubungi kelmarin.

Sambil itu, pasukan Sandakan muncul juara kategori lelaki selepas menewaskan Semporna di final manakala Lahad Datu sekadar berpuas hati di tempat ketiga. Pasukan lelaki Keningau tewas dalam saingan awal.



 

  • oleh
  • Advertisement