Anda di sini

Hentikan tabiat buang sampah ke dalam sungai

Advertisement
 Lee bersama LSS melakukan pemeriksaan ke atas perangkap sampah di Jambatan Piasau petang semalam.
PERIKSA: Lee bersama LSS melakukan pemeriksaan ke atas perangkap sampah di Jambatan Piasau petang semalam.

MIRI: Sungai Miri terus kotor sekiranya penduduk masih tidak berhenti membuang sampah ke dalam sungai.

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin berkata pemasangan perangkap sampah di sungai bukan penyelesaian untuk meng-atasi masalah itu.  

“Ini adalah untuk jangka masa pendek. Saya harap penduduk akan lebih bijak dengan berhenti membuang sampah ke dalam sungai,” katanya.

Mengulas tentang projek perintis perangkap sampah di Jambatan Piasau dan Lutong, ia adalah inisiatif Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSSS) Wilayah III - Miri dan Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, perangkap dibina menggunakan bahan-bahan terpakai seperti jaring, tali, pelekat, semburan (warna oren), tali pancing dan botol plastik melibatkan jumlah RM585.

“Kita menggunakan bahan-bahan kitar semula membina perangkap itu. Contoh sauh kita menggunakan botol diisi dengan pasir.

“Botol diikat pada jaring untuk menenggelamkannya di sungai. Kita juga menggunakan botol untuk menimbulkan jaring,” katanya.

Dua perangkap dipasang di Jambatan Piasau ma-sing-masing pada 12 dan 18 Februari lalu.

Lee berkata, perangkap itu bagi mengelak sampah sungai hanyut ke laut mencemarkan laut dan pantai.

LSS melakukan pemantauan setiap hari sementara kerja-kerja pembersihan (pengumpulan sampah) dilakukan MBM tiga kali seminggu.

MBM diminta merekodkan jumlah sampah dikumpul serta kerap menganjurkan kempen kesedaran sebagai langkah meningkatkan kerja-sama penduduk.

Ia termasuk kempen Cintai Sungai Kita melibatkan aktiviti gotong-royong disertai penduduk kampung-kampung di sepanjang sungai.

“MBM perlu melaksanakan pendekatan pelbagai serampang bagi mengatasi masalah ini dan harus mendidik penduduk agar tidak membuang sampah ke parit dan sungai,” tegas Lee.

Jawatankuasa Penduduk (JKP) juga diminta aktif me-nganjurkan bicara serta mahu penguatkuasaan diperluaskan termasuk mengambil gambar pelaku, seterusnya dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan.

Lee turut mencadangkan MBM menyediakan lebih banyak tong sampah besar di setiap kampung.  

Projek perintis itu juga mendapat kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Sustainable Development Goals Section.

Hadir sama Pemangku Kontroler LSS Leftenan Kolonel Ding Tiew Wong, Penolong Kontroler LSS Miri Leonard Luhat Laing dan Kaunselor Karambir Singh.

  • oleh
  • Advertisement