Anda di sini

Guna peruntukan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf sekolah usang di Limbang - Abang Johari.

Advertisement
Majlis Pelancaran Gabungan Parti Sarawak  (GPS) Zon 15 A, hari ini.
Majlis Pelancaran Gabungan Parti Sarawak  (GPS) Zon 15 A, hari ini.

LAWAS: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menaiktaraf 56 sekolah usang di Bahagian Limbang melalui peruntukan RM1.5 bilion yang disediakan di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata kerajaan Sarawak di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju untuk menaiktaraf sekolah usang di Limbang dan Lawas walaupun ia tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

“Lawas hendak membina sekolah usang bukan menggunakan peruntukan daripada kerajaan pusat tetapi dibawah NRDA melibatkan 56 sekolah daif yang akan ditender,” katanya pada Majlis Pelancaran Gabungan Parti Sarawak  (GPS) Zon 15 A di sini, hari ini.

Turut sama ialah ialah  Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan kenamaan lain.

Tambah beliau kerja-kerja membaik pulih masih tidak dijalankan oleh kerajaan pusat walaupun bayaran pertama RM350 juta telah dibuat oleh kerajaan Sarawak pada tahun lepas untuk membangunkan 37 sekolah daif di Sarawak. 

“Bulan Februari ini kerajaan Sarawak membayar lagi RM350 juta menjadikan jumlah bayaran keseluruhan RM700 juta kepada kerajaan pusat tetapi satu tiang pun tak nampak dan  belum dibuat sehingga hari ini,” katanya lagi.

Jelasnya di bahagian Limbang lebih 50 sekolah sedang ditender menggunakan peruntukan Sarawak sendiri sekaligus menunjukkan komitmen kerajaan Sarawak untuk menaiktaraf sekolah usang di negeri ini.

Katanya lagi peruntukan ini menunjukkan Sarawak pandai mengurus kewangan sendiri.

Abang Johari, Awang Tengah dan pemimpin GPS lain 

  • oleh
  • Advertisement