Anda di sini

GPS adalah kerajaan paling ideal untuk Sarawak - Uggah

Advertisement
Uggah ditemani isterinya, Datin Amar Doreen Mayang dan tetamu kehormat lain pada Seminar 'Sarawak Kitai Empu' di dewan komuniti di Betong,  hari ini.
Uggah ditemani isterinya, Datin Amar Doreen Mayang dan tetamu kehormat lain pada Seminar 'Sarawak Kitai Empu' di dewan komuniti di Betong, hari ini.

KUCHING:Sarawak di bawah tadbir Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan kerajaan yang paling ideal untuk negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia tidak akan membenarkan Sarawak diambil sambil lewa oleh pemimpin dari luar yang tidak memahami keperluan dan aspirasi rakyat.

"Sejak dilancarkan pada Januari 2019, kita telah melihat bagaimana GPS di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mempunyai dasar yang sangat jelas dalam melindungi hak dan kekayaan negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Pada masa yang sama kita juga telah menyaksikan banyak program pembangunan dan bantuan kepada negeri telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Janji yang telah  buat tidak dipenuhi dan  terdapat banyak 'flip-flop' dalam dasar yang dibuat," katanya semasa merasmikan Seminar 'Sarawak Kitai Empu' di dewan komuniti di Betong di sini, hari ini.

Acara itu yang dianjurkan oleh cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Saban, telah dihadiri kira-kira 700 ahli wanita dan penyokong  dari 17 ranting parti.

Hadir sama pada acara itu ialah Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebagai mewakili  Ketua Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Uggah berkata, GPS adalah parti negeri yang diterajui pemimpin negeri dan berbanding parti politik sedia ada lain, GPS masih yang terbaik.

"Kita ada penduduk tempatan  yang  telah menang dalam pilihan raya umum lalu  tetapi tidak berjuang untuk anda.  Ada orang yang secara terbuka mengakui berbohong untuk menang.

"Oleh itu, kita memerlukan kerajaan negeri yang sangat kuat untuk melindungi hak dan kekayaan negeri kita. Di GPS, kita mempunyai Abang Johari iaitu seorang pemimpin yang kuat dan fokus serta mempunyai lebih 40 tahun pengalaman," katanya.

Menurut Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Abang Johari telah membuktikan kebijaksanaannya apabila beliau berjaya mendapatkan dana tambahan untuk membiayai program pembangunan negeri.

"Beliau juga seorang pemimpinn yang inklusif... seorang ketua menteri untuk semua kaum  dan agama menerusi banyak dasarnya terutama dengan penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

"Unit ini membantu dalam pembangunan infrastruktur sekurang-kurangnya 16 kepercayaan yang berbeza di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Uggah yang juga Timbalan Presiden PBB menggesa pergerakan wanita Bukit Saban untuk terus kekal bersatu dalam usaha mengekalkan kekuatan mereka.

"Anda telah menjadi tonggak kekuatan  yang sangat penting dalam memastikan kemenangan calon-calon kerajaan dalam pilihan raya lalu dan ini harus dikelalkan.

"Tetapi, tugas yang paling penting sekarang adalah untuk memastikan simbol kenyalang GPS diakui oleh semua orang termasuk penduduk luar bandar dalam kalangan warga tua.

"Ini akan menjadi simbol yang digunakan dalam pilihan raya negeri  akan datang oleh semua calon GPS," katanya sambil meminta ahli wanita PBB untuk membantu mendaftarkan lebih ramai belia supaya mereka dapat mengundi pada pilihan raya akan datang.

Terdahulu, Rohani dalam ucapannya menasihatkan semua anggota PBB Wanita untuk melakukan persiapan mereka sendiri untuk semua kemungkinan termausk pilihan raya negeri.

"Berdasarkan ucapan oleh Abang Johari, beliau menyatakan pilihan raya negeri sudah dekat  tetapi setakat mana dekatnya, saya tidak tahu.

"Justeru, kita mesti bersedia dengan penjelasan kita... kita mesti dapat menafikan  segala tuduhan yang dilemparkan terhadap kita terutamanya dalam media sosial," tegas Rohani.

Hadir sama, Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat, Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri dan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang.

Advertisement