Anda di sini

Dua peserta dari Sabah menang Kempen 'Nak Ekstra RM20,000?' Shell

Advertisement
 Yakub (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang peraduan berkenaan.
TAHNIAH: Yakub (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang peraduan berkenaan.

KOTA KINABALU: Dua peserta dari Sabah berjaya memenangi hadiah utama peraduan kempen 'Nak Ekstra RM20,000?' Shell di sini.

Roger Kukundu, 39, dan Siti Ariah Edol, 27, masing-masing berjaya membawa balik hadiah wang tunai bernilai RM20,000.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengurus (Borneo-Retail) Wilayah Shell Timur Sdn Bhd Yakub Tuarang.

Sementara itu, seramai 14 peserta peraduan dari Sabah turut berjaya memenangi hadiah wang tunai sagu hati berjumlah RM1,000 setiap seorang.

Peraduan berkenaan mula diadakan pada 9 Disember 2019 hingga 9 Februari.

Antara mereka yang hadir untuk menerima hadiah sagu hati itu ialah Wee Lip Fung dan Harun Tambiri.



 

  • oleh
  • Advertisement