Anda di sini

Covid19: Dua kes PUI baharu direkodkan di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak merekodkan dua lagi kes baharu orang yang disyaki (PUI) COVID-19, hari ini. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, dua kes itu direkodkan di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Bintulu melibatkan warganegara Malaysia. 

"Dengan dua kes PUI baharu itu, sejak 10 Januari hingga hari ini, jumlah keseluruhan kes PUI adalah sebanyak 109. 

"Bagaimanapun, 99 telah diuji negatif dan 10 lagi masih menunggu keputusan ujian makmal," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, kata JPBN Sarawak, seorang warganegara China yang dirawat di Hospital Bintulu antara 10 kes PUI yang masih menunggu keputusan tersebut.

Jabatan Kesihatan Negeri setakat semalam telah memeriksa 13, 849 pelawat yang masuk ke Sarawak menerusi pintu masuk udara, darat dan laut. 

Sejak 1 Februari, seramai 167,322 pelawat telah menjalani pemeriksaan sebaik sahaja tiba di negeri ini. 

Advertisement