Anda di sini

APMM Lahad Datu tawan Gunung Silam sempena Hari Ulang Tahun ke-15

Advertisement
 Pasukan yang berjaya menawan Gunung Silam.
TAWAN: Pasukan yang berjaya menawan Gunung Silam.

LAHAD DATU: Seramai 25 anggota dan pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Lahad Datu berjaya menawan puncak tertinggi Gunung Silam sempena menyambut Hari Ulang Tahun APMM ke-15, di sini.

Program yang diketuai oleh Leftenan (M) Muhammad Zarif Mat Yunus ini mencatat masa pendakian lebih kurang dua jam untuk menawan puncak tertinggi itu dengan ketingian 883 meter dari aras laut.

Objektif program itu untuk memupuk semangat berpasukan dan dapat menjalinkan ikatan silaturahim serta kesefahaman antara warga.

Gunung Silam yang puncaknya menghadap ke arah Teluk Darvel memberi kepuasan tersendiri kepada setiap ahli dengan pemandangan laut yang luas.

Selain itu keunikan keindahan flora dan fauna dan udara yang segar dapat dinikmati di sini.

Kejayaan menawan gunung ini menunjukkan setiap anggota berada dalam tahap kesihatan baik dan kecerdasan fizikal dan mental yang amat tinggi.

Dengan bertemakan 'Maritim Perkasa Samudera Sejahtera' pendakian ini telah mencatat satu lagi kejayaan berpasukan yang indah untuk dikenang.

  • oleh
  • Advertisement