Anda di sini

Uji bakat Bintang RTM 2020 di Sibu hujung minggu ini

Advertisement
 Orang ramai yang mempunyai bakat dipelawa untuk menyertai pencarian Bintang RTM 2020 pada esok dan lusa di Delta Mall Sibu.
JUMPA DI SANA: Orang ramai yang mempunyai bakat dipelawa untuk menyertai pencarian Bintang RTM 2020 pada esok dan lusa di Delta Mall Sibu.

SIBU: Orang ramai di sini dijemput hadir bagi memeriahkan uji bakat pencarian Bintang RTM 2020 yang akan diadakan di pusat membeli belah Delta Mall di sini pada esok dan lusa.

Pengurus RTM Sibu Saiful Arini berkata, untuk menyertai uji bakat Bintang RTM 2020, mere-ka yang berminat boleh memuat turun borang dan syarat penyertaan menerusi laman sesawang rasmi RTM dan Facebook (FB) Rasmi Unit Hiburan TV RTM.

Jelasnya lagi, mereka yang ingin menyertai uji bakat tersebut juga boleh menghubungi stesen RTM Sibu di talian 084-334045 dan melalui FB SIBUfm untuk keterangan lanjut mengenai syarat penyertaan.

“Pendaftaran uji bakat akan bermula pada jam 9 pagi pada hari berkenaan dan penyertaan adalah percuma,” katanya pada mesyuarat penyelarasan Uji Bakat Bintang RTM 2020 bagi Zon tengah Sarawak di RTM Sibu, semalam.

Tambahnya lagi, pada sesi uji bakat dua hari itu orang ramai akan dihiburkan artis terkenal seperti Wany Hasrita serta artis tempatan Lucy M., Dara Helena, Amis U., selain berpeluang beramah mesra bersama para penyampai SIBUfm.

Advertisement