Anda di sini

KRT Rangau giatkan gotong-royong komuniti

Advertisement
 Skuad Khidmat Masyarakat Tingkatan Enam SMK Kubong Limbang yang menyertai aktiviti gotong-royong.
SEDIA BERKHIDMAT: Skuad Khidmat Masyarakat Tingkatan Enam SMK Kubong Limbang yang menyertai aktiviti gotong-royong.
 KRT Rangau, (JPTP) Rangau Cempaka dan JPTP RPR Rangau  bersama Skuad Khidmat Masyarakat Tingkatan Enam SMK Kubong Limbang bergambar bersama.
JAGA KEBERSIHAN: KRT Rangau, (JPTP) Rangau Cempaka dan JPTP RPR Rangau bersama Skuad Khidmat Masyarakat Tingkatan Enam SMK Kubong Limbang bergambar bersama.

KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) Rangau terus proaktif mengadakan Program Gotong-royong (Sayangi Komuniti) di Tabika Perpaduan RPR Rangau dan Rangau Cempaka, Limbang baru-baru ini.

Pengerusinya Adinin Adol berkata, program gotong-royong tersebut bertujuan memastikan kawasan tabika sentiasa bersih selain memastikan persekitaran bebas daripada masalah nyamuk.

“Program gotong-royong ini perlu diadakan bagi memastikan kawasan tabika sentiasa bersih, selain menangani pembiakan nyamuk di kawasan seperti ini kerana kepadatan penduduk tinggi,” katanya pada program itu.

Program itu katanya, anjuran bersama Jawatankusa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) Rangau Cempaka dan JPTP RPR Rangau bersama Skuad Khidmat Masyarakat Tingkatan Enam SMK Kubong Limbang.

 Golongan wanita sedang membersihkan kawasan tabika.
CERGAS: Golongan wanita sedang membersihkan kawasan tabika.
 Golongan wanita sedang membersihkan kawasan tabika.
CERGAS: Golongan wanita sedang membersihkan kawasan tabika.

Turut sama ialah Pegawai Perpaduan Bahagian Mohd Fakri Asmad dan wakil Skuad Khidmat Masyarakat Tingkatan Enam SMK Kubong Limbang Afiq Adinin.

Adinin berkata, aktiviti seperti ini dapat mendidik penduduk di kawasan ini supaya menjaga persekitaran mereka bagi mengelakkan masalah pembiakan nyamuk aedes selain merapatkan hubungan antara komuniti terlibat.

 Ahli KRT Rangau sedang mengecat kawasan pagar tabika.
KERJASAMA: Ahli KRT Rangau sedang mengecat kawasan pagar tabika.
  • oleh
  • Advertisement