Anda di sini

COVID-19: Tiada laporan, kajian berasas yang sahkan rakyat hilang pekerjaan

Advertisement
 Alice Lau (tengah) menyampaikan Sijil Anugerah Pengiktirafan Tajaan COSH 2019 kepada Ketua Pembangunan Kebolehan dan Pengurusan Kumpulan HSSE Petronas Azizin Zainudin (dua kanan) pada Majlis Pra-Pelancaran APOSHO 35, Persidangan dan Pameran Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH 2020) dan Persidangan Saintifik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SciCOSH 2020) di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Setiausaha Agung APOSHO Bernie Doyle (tiga kanan), Presiden Pertubuhan Pengam
TERIMALAH: Alice Lau (tengah) menyampaikan Sijil Anugerah Pengiktirafan Tajaan COSH 2019 kepada Ketua Pembangunan Kebolehan dan Pengurusan Kumpulan HSSE Petronas Azizin Zainudin (dua kanan) pada Majlis Pra-Pelancaran APOSHO 35, Persidangan dan Pameran Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH 2020) dan Persidangan Saintifik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SciCOSH 2020) di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Setiausaha Agung APOSHO Bernie Doyle (tiga kanan), Presiden Pertubuhan Pengam

KUALA LUMPUR: Tiada laporan atau kajian berasas yang mengesahkan bahawa hampir 100,000 rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan sekiranya wabak COVID-19 berterusan se-hingga hujung tahun ini.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Alice Lau Kiong Yieng berkata isu itu tidak timbul memandangkan Malaysia sudah bersiap siaga dan mempunyai keupayaan dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan COVID-19.

“Tiada isu hilang pekerjaan. Majikan perlu ambil inisiatif menyalurkan maklumat tepat kepada pekerja mengenai COVID-19 agar pekerja tidak panik.

“Persidangan tahunan Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik (APOSHO) turut memainkan peranan, di mana ia akan membincangkan isu-isu semasa dalam kalangan peserta,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pra-Pelancaran Persidangan APOSHO35 di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa laporan sebelum ini yang memetik Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) meramalkan perkara itu sekiranya penularan COVID-19 gagal dikawal.

Senada dengan Lau, Timbalan Ketua Setiausaha (O-perasi) Kementerian Sumber Manusia Maniam Arumugam menyifatkan laporan itu sekadar ramalan yang tiada statistik tepat dan meminta agar orang ramai tidak mudah panik.

“Setakat ini tiada siapa yang melaporkan kepada kami. Apa yang anda dengar bukan cerita yang benar,” katanya.

Terdahulu, Lau dalam ucapannya berkata APOSHO harus memainkan peranan penting dalam menangani COVID-19 dengan mengu-kuhkan dan menggunakan rangkaian serta kerjasama sedia ada bagi membantu kerajaan mereka menangani situasi baharu ini.

Antara lain, Lau mencadangkan APOSHO supaya bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) dalam menyediakan maklumat terkini berkaitan perlindungan terhadap pekerja.

“Ahli APOSHO dan pakar kesihatan harus membantu membentuk garis panduan dalaman bagi membantu mencegah jangkitan baharu seperti COVID-19. Garis panduan harus merangkumi semua jenis pekerjaan juga perancangan terhadap pe-ngaliran penyakit yang lebih serius,” katanya.

Persidangan APOSHO35 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 9 hingga 12 Ogos tahun ini.

Bertemakan Perpaduan OSH (keselamatan dan kesihatan pekerjaan) dan Kemampanan, APOSHO35 menawarkan platform kepada golongan profesional, pembuat dasar dan pegawai kerajaan untuk bertukar idea, berkongsi pengalaman dan inisiatif dalam mengukuhkan kerjasama pada peringkat kebangsaan, serantau dan dunia. — Bernama

Advertisement