Anda di sini

‘CARILAH AKU’ buah tangan pertama Wafa

Advertisement
 

KUCHING: ‘CARILAH AKU’ merupakan buah tangan pertama daripada penyanyi baharu, Wafariena Roslan atau lebih mesra disapa sebagai Wafa.

Selain berbakat dalam nyanyian, gadis cantik tinggi lampai yang berasal dari Pulau Pinang ini juga bergiat aktif dalam bidang permodelan dan lakonan.

Beliau yang berusia 25 tahun turut fasih bertutur dan menyanyi dalam bahasa Mandarin.

Pernah membintangi filem ‘Buntat’, beberapa buah muzik video, tele-filem ‘Kisah Seram Hostel’, drama ‘Chandelier’ dan terkini Wafariena masih lagi dalam penggambaran drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’.

“Walaupun kini jadual agak sibuk dengan lakonan, namun saya tidak akan meninggalkan minat utama saya dalam nyanyian,” ujar Wafariena.

Tampil dengan genre Balada, lagu ‘Carilah Aku’ ini hasil ciptaan Johari Teh dan lirik ditulis oleh Aryan. Lagu ‘Carilah Aku’ mengisahkan tentang kisah percintaan yang terpisah oleh jarak jauh.

Baginya, berjauhan dengan pasangan adalah menyakitkan. Wanita itu berharap dapat bertemu kembali dengan kekasihnya dan kekal bahagia.

Single pertama beliau telah pun dilancarkan pada November lalu dan boleh didengarkan di semua rangkaian muzik.

Diharapkan agar lagu ‘Carilah Aku’ mendapat reaksi yang baik daripada pendengar dan media-media tempatan.

Advertisement