Anda di sini

Rogol teman wanita bawah umur, pemuda dipenjara dan disebat

Advertisement

SIBU: Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan terhadap seorang pemuda yang disabitkan merogol teman wanitanya yang berusia 13 tahun sembilan bulan.  

Khairul Anwar, 24, dijatuhkan hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Seksyen 376(1) ini membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Khairul didakwa merogol teman wanitanya itu pada 4 Februari, 2020 kira-kira jam 7.50 pagi di sebuah rumah di Jalan Oya.

Berdasarkan fakta kes, pada 6 Februari 2020, kira-kira jam 7.30 pagi, mangsa memberitahu pengadu bahawa dia telah mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya iaitu tertuduh.

Pengadu kemudian membawa mengsa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan sebelum membuat laporan polis, yang membawa kepada penahanan tertuduh pada 7 Februari, 2020 kira-kira jam 7.50 malam.

Siasatan kemudian mendapati tertuduh adalah teman lelaki mangsa dan ketika kejadian mangsa berumur 13 tahun sembilan bulan.

Dalam rayuan, Khairul yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Arif Aizuddin Masrom.

Advertisement