Anda di sini

Mengembara dan bercuti dengan diskaun 30 peratus bersama AirAsia

Advertisement
 

KUCHING: AirAsia ingin memberi peluang mengembara dan menikmati percutian yang berpatutan dengan tawaran diskaun 30 peratus untuk semua tempat duduk dan semua penerbangan dan diskaun 22 peratus untuk bagasi, aktiviti dan AirAsia Bundle Deals di airasia.com.

Menurut kenyataan akhbarnya kelmarin, AirAsia menawarkan diskaun bagi tambang asas untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Bintulu, Kuantan, Maldives, Krabi, Kolkata dan banyak lagi.

“Terbang lebih jauh dengan AirAsia X ke Kuala Lumpur, Sydney, Seoul, Fukuoka dan banyak lagi destinasi jarak jauh popular pada harga yang bernilai tinggi ketika jualan istimewa ini.

“Untuk nikmati keselesaan dan faedah tambahan pada penerbangan jarak jauh, rasai Premium Flatbed kami yang memenangi pelbagai anugerah, atau membeli tambang Premium Flex yang turut akan ditawarkan diskaun 30 peratus,” kata kenyataannya itu kelmarin.

Jika tetamu memerlukan lebih banyak ruang bagasi untuk percutian, kini tetamu boleh menaik taraf bagasi sehingga 30kg atau lebih pada kadar 22 peratus lebih rendah.

Diskaun bagasi hanya boleh didapati ketika tempahan awal penerbangan sepanjang tempoh promosi, tambahnya.

Bagi 1,000 transaksi terawal, tetamu juga boleh menikmati diskaun 22 peratus untuk aktiviti dengan kod promo AAFEV22 dan diskaun 22 peratus untuk AirAsia Bundle Deals dengan kod promo DEALSFEB22.

Tempah sekarang di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari 17 hingga 23 Februari untuk perjalanan antara 24 Februari 2020 hingga 30 September 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com Karen Chan berkata, pihaknya berbesar hati untuk menawarkan bukan sahaja tambang penerbangan yang rendah ke destinasi pelancongan popular AirAsia, tetapi turut menawarkan platform perjalanan sehenti dengan pelbagai pilihan gaya hidup termasuk diskaun bagasi, hotel, aktiviti dan banyak lagi di airasia.com.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan perjalanan anda lebih mampu milik dan lancar tatkala meneruskan transformasi kami ke arah menjadi platform pakej perjalanan atas talian terkemuka - kini menawarkan lebih daripada tiket penerbangan,” ujarnya.

Tetamu yang ingin membuat pertukaran pada tempahan mereka atau membuat pratempahan hidangan ‘Santan’ boleh berbuat demikian di pautan Tempahan Saya dengan hanya tiga langkah mudah - Tekan, Pilih dan Bayar.

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Advertisement