Anda di sini

Setaraf Hakim Memanah Kebangsaan

Advertisement
 Peserta Kursus Kehakiman Memanah Kebangsaan Siri 1/2020 bersama (duduk, tiga dari kiri) Chong, Paul dan Michael pada majlis penutupan dan penyampaian sijil.
TAHNIAH: Peserta Kursus Kehakiman Memanah Kebangsaan Siri 1/2020 bersama (duduk, tiga dari kiri) Chong, Paul dan Michael pada majlis penutupan dan penyampaian sijil.

SIBU: Seramai 18 peserta menamatkan Kursus Kehakiman Memanah Kebangsaan Siri 1/2020 di Sibu petang kelmarin yang bermula dari 13 hingga 16 Februari lalu.

Peserta terdiri daripada peserta dari wilayah tengah Sarawak menyertai kursus yang diadakan di Stadium Tertutup Sibu.

Kursus itu merupakan anjuran Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dengan kerjasama World Archery Malaysia dan Persatuan Memanah Negeri Sarawak (PEMASA).

Penyelaras kursus ialah Pengerusi Kehakiman dan Teknikal NAAM yang juga ‘Judge Emeritus’ Memanah Chong Yap Jin bersama Hakim World Archery Asia (WAA), Paul Leong dan Hakim WAA, Michael Jerigen Kadap.

Chong ketika ditemui pemberita berkata, sekiranya peserta lulus dengan jayanya kursus tersebut mereka setaraf dengan Hakim Memanah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.

“Pada masa ini, kita mempunyai beberapa hakim di peringkat negeri dan pada hari ini kita mengadakan Kursus Kehakiman Kebangsaan di Sibu.

“Justeru, saya memberitahu kepada peserta-peserta supaya jangan memandang rendah manfaat kursus ini,” jelasnya. -

Menurutnya, mereka akan diiktiraf setaraf dengan Hakim Memanah Kebangsaan jika mereka lulus dengan jaya.

  • oleh
  • Advertisement