Anda di sini

Kes bunuh Bill Kayong, Fitri kekal ke tali gantung

Advertisement
 

KUCHING: Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap seorang bekas pengawal sebuah pusat hiburan yang didapati bersalah membunuh aktivis sosial Bill Kayong, dua tahun lepas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di sini yang dipengerusikan Hakim Dato Mary Lim Thiam Suan, sebulat suara menolak rayuan Mohamad Fitri Pauzi, 33, untuk mengenepikan sabitan kesalahan dan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya.

Korum yang turut dianggotai Nantha Balan dan Datuk Supang Lian itu mengambil masa lebih kurang dua jam setengah sebelum memberikan keputusan sebulat suara itu pada 5.55 petang, Isnin.

Mary, ketika membacakan penghakimannya berkata, mahkamah mendapati perayu bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan.

Mahkamah juga menyatakan bahawa sabitan terhadap perayu yang dibuat oleh mahkamah terdahulu adalah selamat, selain berpendapat tiada sebab untuk mengganggu keputusan tersebut.

Fitri disabitkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Miri, Hakim Ravintharan N. Paramaguru pada tahun 2018 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Kayong.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016 di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pasar Raya Emart Tudan.

Menurut laporan sebelum ini, ketika dipanggil membela diri, Fitri gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan kes. 

Manakala topeng muka dan sarung senapang yang dikemukakan sebagai barang kes turut mempunyai kesan DNA Fitri.

Fitri diwakili peguambela Ranbir Singh

  • oleh
  • Advertisement