Anda di sini

Enam kes rogol pelajar direkodkan di Sabah sejak awal Januari

Advertisement
 Zabidi mewakili Pesuruhjaya Polis Sabah melancarkan program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di SMK Likas Kota Kinabalu.
LANCAR: Zabidi mewakili Pesuruhjaya Polis Sabah melancarkan program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di SMK Likas Kota Kinabalu.

 

KOTA KINABALU: Sebanyak enam kes rogol membabitkan pelajar sekolah yang direkodkan berlaku di seluruh Sabah untuk tempoh Januari sehingga Februari tahun ini.

Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sabah SAC Zabidi Mohd Zain berkata, pada tahun lepas pula, 38 kes jenayah kekerasan rogol melibatkan pelajar dilapor kepada polis.

“Kes rogol biasanya berlaku bukan dalam situasi yang kita dapat tahu (awal), (kerana) mereka selalunya (melakukannya) secara peribadi atau bersendirian (bersembunyi).

“Kita amat mengambil berat kes sebegini, (lebih-lebih lagi) apabila melibatkan pelajar sekolah,” katanya kepada pemberita pada sidang media di SMK Likas, di sini.

Zabidi mewakili Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass ditemui selepas merasmikan program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri yang dilancarkan serentak di seluruh negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata untuk tempoh dua bulan pertama tahun ini terdapat 19 kes salah laku jenayah melibatkan pelajar-pelajar sekolah direkodkan di seluruh negeri.

“Kebanyakan kes iaitu antara 80-90 peratus ini melibatkan pelaku dalam kalangan pelajar yang mempunyai masalah keluarga seperti perceraian dan tidak terurus,” katanya.

Menurutnya, polis sentiasa menjalin kerjasama baik dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha bersama menangani isu-isu berkaitan jenayah salah laku pelajar sekolah.

Termasuklah menempatkan pegawai perhubungan sekolah yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis di sekolah-sekolah sebagai penasihat untuk pihak pentadbir sekolah.

“Setakat ini juga, seramai 392 pegawai perhubungan sekolah sudah ditempatkan (dua minggu sekali) di 708 sekolah menengah dan 184 sekolah rendah di seluruh Sabah.

“Kita dapati pendekatan ini cukup berkesan dalam membendung gejala tidak sihat daripada berlaku di sekolah khususnya menerusi khidmat nasihat polis,” katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement