Anda di sini

Sukan memupuk semangat perpaduan dan kesukanan

Advertisement
 Goh mengiringi Roland dan melawat kontinjen-kontinjen yang menyertai perbarisan Kejohanan Olahraga SM Stella Maris Tanjung Aru di Stadium Kompleks Sukan Likas, di sini. 
RAMAH MESRA: Goh mengiringi Roland dan melawat kontinjen-kontinjen yang menyertai perbarisan Kejohanan Olahraga SM Stella Maris Tanjung Aru di Stadium Kompleks Sukan Likas, di sini. 

KOTA KINABALU: Sukan bukan semata-mata medan untuk mencari jaguh dan mengilap bakat para atlet, tetapi juga penting dalam memupuk semangat kesukanan dan perpaduan, sekali gus mengeratkan silaturahim dan perasaan muhibah.

Pengetua SM Stella Maris Goh Kui Liang dalam ucapannya berkata,  aspek-aspek berkenaan amat penting dalam usaha membina negara bangsa serta membangun modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Justeru dalam usaha menyemarakkan semangat berpasukan semua kontinjen tidak seharusnya mengabaikan aspek-aspek tersebut," katanya ketika berucap pada Kejohanan Olahraga SM Stella Maris Tanjung Aru di Stadium Kompleks Sukan Likas, di sini pada Jumaat. 

Kejohanan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Datuk Haji Sahari yang diwakili oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Putatan Roland Belimbin.

Dalam pada itu menurut Goh lagi, kegiatan sukan juga mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai daya saing dan semangat juang yang tinggi.

Katanya, melalui kegiatan sukan murid-murid perlu menjalani pelbagai latihan yang melibatkan latihan fazikal serta latihan persiapan mental dan spiritual yang secara tidak langsung melatih mereka agar lebih berdaya saing dan memiliki semangat juang yang tinggi.

"Menyedari hakikat itu, pihak sekolah sentiasa memberi galakan dan dorongan yang berterusan serta memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid untuk bergiat dalam sukan," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement