Anda di sini

Sofbol: SK Bawang Tian terima suntikan semangat

Advertisement
 Ahmad Johnie (lima kanan, belakang) bersama pasukan sofbol SK Bawang Tian mewakili Mukah pada Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak di Miri.
SELAMAT MAJU JAYA: Ahmad Johnie (lima kanan, belakang) bersama pasukan sofbol SK Bawang Tian mewakili Mukah pada Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak di Miri.

DARO: Pasukan sofbol Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang Tian menerima suntikan semangat daripada Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

Pasukan tersebut bakal membawa cabaran mewakili Bahagian Mukah ke Kejohanan Sukan Peringkat Sekolah-Sekolah Sarawak di Miri pada 17 hingga 21 Februari ini.

Mereka menerima sumbangan sejumlah RM6,500 yang disampaikan oleh Ahmad Johnie.

Majlis penyerahan sumbangan cek berlangsung di SK Bawang Tian di sini kelmarin.

Dalam ucapan selamat maju jaya kepada pasukan sofbol SK Bawang Tian, Ahmad Johnie berharap pasukan tersebut memperolehi kejayaan cemerlang.

"Saya mendoakan semoga pasukan sofbol SK Bawang Tian memperolehi kejayaan cmerlang dan membawa pulang piala kemenangan," katanya.

Beliau berkata, kejayaan harus diraih dengan usaha gigih tanpa mengenal putus asa dan semangat tidak pernah mengalah.

"Semua pemain harus sentiasa yakin pada diri sendiri dan optimis untuk mencapai kemenangan," jelasnya.

Advertisement