Anda di sini

Piala Belia 2020: Sarawak Utd menentang Negeri Sembilan, 23 Feb

Advertisement
 Pasukan Sarawak United bersama barisan jawatankuasa penganjur dan jurulatih di Miri semalam.
SEDIA BERJUANG: Pasukan Sarawak United bersama barisan jawatankuasa penganjur dan jurulatih di Miri semalam.

MIRI: Bandar raya Miri menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Belia 2020 bermula 23 Februari hingga 14 Jun di Stadium Miri.

Peringkat liga disertai 19 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A (Zon Utara) dan Kumpulan B (Zon Selatan).

Kumpulan A ialah Pulau Pinang, Kedah, Perak IV, Kelantan, Terengganu FC IV, Pahang, PDRM, AMD B-16 dan FELDA United melibatkan 16 perlawanan.

Sementara itu, Kumpulan B ialah JDT IV, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Sarawak United, PJ City FC, UiTM FC dan UKM FC melibatkan 18 perlawanan.

Selepas selesai perlawanan liga dua pusingan, lapan pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat kalah mati.

Peminat-peminat bola sepak tempatan di sini dijemput beramai-ramai menyaksikan perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah, Sarawak United menentang Negeri Sembilan pada 23 Februari ini.

Perlawanan diadakan pada setiap Ahad dan Rabu bermula jam 4.15 petang.

Pemangku Timbalan Residen Bahagian Miri, Abdul Aziz Mohd Yussuf berkata pemilihan Miri sebagai tuan rumah Piala Belia peringkat kebangsaan tahun ini membantu mempromosikan Miri sebagai pusat penganjuran pelbagai jenis sukan.

Piala Belia antara produk pelancongan berasaskan sukan yang boleh menaikan nama Bandar raya Miri selain penganjuran sukan bertaraf antarabangsa yang pernah dianjurkan di sini.

"Dua tahun berturut-turut Miri dipilih sebagai tuan rumah kejohanan bola sepak Liga Malaysia. Kita yakin Piala Belia dapat menarik pelancong dari Brunei dan Sabah datang ke Miri," katanya.

Miri menjadi tuan rumah untuk Piala Presiden pada tahun lalu.

Hadir sama memperkenalkan pasukan Sarawak United yang dianggotai 28 pemain ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (Miri FA), Mohd Saif Jubaidi dan Timbalan Presidennya, Nazri Datuk Ahmad Lai.

Advertisement