Anda di sini

Madrasah ADRA Sungai Imam musnah dalam kebakaran

Advertisement
 Keadaan madrasah yang musnah hampir keseluruhannya.
RENTUNG : Keadaan madrasah yang musnah hampir keseluruhannya.

TAWAU : Sebuah bangunan Madrasah musnah dan dua pelajarnya cedera dalam kebakaran di Kampung Sungai Imam, Jalan Bombalai Laut, di sini semalam

Difahamkan kebakaran yang berlaku pada jam 6.50 petang itu membabitkan asrama pelajar perempuan Madrasah Ad-Dinniah Ar-Rahmaniah (ADRA).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Zulbada Alior berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 6.56 petang menerusi  talian MERS999 daripada orang awam.

Beliau berkata, sejurus menerima panggilan tersebut, kita telah menghantar sebuah  jentera FRT, Tanker air,  jentera EMRS dan jentera berat (lori) yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Syed Salifudin Habib bersama 15 anggota bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati sebuah kediaman pelajar tahfiz dua tingkat strukttur separuh kekal  seluas 60 x 60 kaki terbakar hampir keseluruhannya.

"Semasa operasi pemadaman dilakukan anggota kita juga menghadapi masalah tekanan air rendah dari pili bomba berhampiran selain keadaan jalan yang agak sempit menuju ke lokasi kejadian,"katanya.

Zulbada berkata kebakaran dapat dikawal pada jam 7.20 malam sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.18 malam.

 Asrama perempuan Madrasah ADRA musnah dalam kebakaran.
TERBAKAR : Asrama perempuan Madrasah ADRA musnah dalam kebakaran.

"Semasa menjalankan kerja-kerja pemadaman dan mengawal kebakaran daripada merebak, anggota kita turut dibantu oleh empat anggota Polis dan enam anggota Rela," katanya.

Menurutnya, dua pelajar lelaki madrasah tersebut turut mengalami kecederaan semasa menyelamat diri dan telah diberi rawatan awal daripada Pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Besar Tawau.

Dilaporkan dalam kejadian itu, tidak ada sebarang kes kehilangan nyawa berlaku manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement