Anda di sini

Vivian cadang beri subsidi bot pelajar dari Tanjung Aru

Advertisement
 Pemimpin serta mangsa tragedi bergambar bersama Vivian selepas menerima sumbangan.
TERIMA KASIH YB: Pemimpin serta mangsa tragedi bergambar bersama Vivian selepas menerima sumbangan.

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee  akan berusaha mencari jalan penyelesaian bagi menambahkan lagi pengangkutan bot khusus untuk pelajar yang belajar di kawasan Bandar Sandakan. 

Beliau berkata ekoran bot penumpang yang terhad dari kampung tersebut ke jeti pasar berkenaan membuatkan pelajar tiada pilihan untuk menaiki pengangkutan itu kerana tidak mahu lewat ke sekolah walaupun terpaksa bersesak dengan penduduk kampung yang juga mengejar masa pergi bekerja ke bandar.

"Dalam lawatan ini kita buat dialog juga bersama penduduk, mereka beri tahu masalah dihadapi ialah bot dari sini ke bandar itu terhad.

"Jadi apa yang dimahu penduduk di sini adalah sebuah bot yang khusus untuk pelajar sahaja, tidak campur dengan orang awam yang hendak pergi kerja," katanya ketika ditemui pemberita  di Kampung Tanjung Aru, petang tadi.

Beliau menambah dalam cadangan pantas itu pihak Parlimen Sandakan akan cuba membantu dari segi memberi subsidi kepada penduduk kampung yang benar-benar ingin melakukan sewa bot khas untuk pelajar. 

"Kami berusaha dan harap-harap minggu hadapan kami dapat datang dengan satu pakej hanya untuk budak-budak sekolah sahaja," jelasnya.

Pada lawatan tersebut, Vivian turut menyampaikan bantuan sumbangan kepada mangsa tragedi itu.

  • oleh
  • Advertisement