Anda di sini

Sibu Tower Run diteruskan

Advertisement
Izkandar  (tiga kiri) bersama yang lain menunjukkan risalah penganjuran STR 2020 selepas sidang media tadi.
Izkandar (tiga kiri) menunjukkan risalah penganjuran STR 2020 pada sidang media.

SIBU: Sukan ekstrem Sibu Tower Run 2020 (STR 2020) diteruskan seperti dijadual meskipun wujud kebimbangan penularan coronavirus (COVID-19) di seluruh dunia, kata pengerusi penganjurnya Mohammed Abdullah Izkandar Roseley.

Menurutnya, mereka akan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk pemeriksaan saringan ke atas para peserta akan dilakukan serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

"Selain pemeriksaan percuma, pegawai kesihatan akan di tempatkan di pintu utama Wisma Sanyan bagi menyediakan bantuan perubatan selain turut mengedarkan topeng perlindungan muka kepada para peserta amnya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, sebanyak 300 orang peserta dari dalam dan luar negara telah mengesahkan penyertaan masing-masing untuk edisi keempat penganjuran STR.

Izkandar berkata, seramai 266 orang peserta yang mengambil bahagian ialah dari Sarawak, Sabah (3), Semenanjung Malaysia (26), Singapura (1), Filiphina (3) dan United Kingdom (1).

Daripada jumlah itu seramai 180 orang peserta ada lelaki manakala selebihnya adalah perempuan.

  • oleh
  • Advertisement