Anda di sini

Sambutan Hari Kekasih lubuk rezeki kepada peniaga bunga

Advertisement
Helen menjual pelbagai gubahan bunga di gerainya di Tebingan Kuching sempena Hari Kekasih. Gambar Roystein Emmor
Helen menjual pelbagai gubahan bunga di gerainya di Tebingan Kuching sempena Hari Kekasih. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari menjadi lubuk rezeki kepada peniaga bunga dan hadiah lain di sekitar bandar raya ini. 

Helen Cheng, antara peniaga yang tidak melepaskan peluang untuk menjual bunga dan hadiah lain kepada sempena Hari Kekasih. 
 
Menurut Helen, sudah enam tahun berturut-turut dia membuka gerai menjual bunga sempena Hari Kekasih di lokasi tumpuan bermula dari 12 hingga tengah malam 14 Februari. 

“Sempena dengan Hari Kekasih tahun ini, saya telah menempah 1,000 kuntum bunga Ros untuk dijual kepada orang ramai. Bunga-bunga ini dijual dalam pelbagai bentuk gubahan kreatif pada harga berbeza untuk pilihan para pembeli. 

“Setakat ini, sambutan adalah baik dan saya yakin semua 1,000 kuntum bunga ini akan dijual sehingga tengah malam 14 Februari,” katanya ketika ditemui di gerainya di Tebingan Kuching  di sini, hari ini. 

Selain menjual di gerai yang dibuka sementara di Tebingan Kuching, Helen turut menerima tempahan dari luar. 

Bunga-bunga ini dijual antara RM15 sekuntum dan ada yang mencecah ratusan ringgit mengikut jenis gubahan yang dibuat. 

Alvin (dua kanan) sibuk melayan pengunjung di gerainya yang dibuka di IOI, Jalan Tun Jugah.
Alvin (dua kanan) sibuk melayan pengunjung di gerainya yang dibuka di IOI, Jalan Tun Jugah.

 Sementara itu, di IOI Premier, Jalan Tun Jugah di sini, deretan gerai menjual bunga menjadi perhatian ramai yang terutama mereka yang melalui laluan ini. 

Alvin Kho, antara yang tidak melepaskan peluang membuka gerai menjual bunga sejak 12 Februari lalu sehingga tengah malam 14 Februari ini. 

Menurut Alvin, dia menempah 1,000 kuntum Ros dan telah menjual lebih daripada 500 kuntum bunga setakat ini. 

“Sambutan sangat baik dan  mereka yang membeli bunga bukan sahaja dari kalangan pasangan kekasih tetapi juga majikan,” katanya. 

Deretan gerai menjual bunga di IOI, Jalan Tun Jugah menjadi tumpuan orang ramai.
Deretan gerai menjual bunga di IOI, Jalan Tun Jugah menjadi tumpuan orang ramai.
Pelbagai hadiah dan gubahan bunga dijual di gerai-gerai yang dibuka  sekitar bandar raya Kuching untuk mereka yang meraikan Hari Kekasih.
Pelbagai hadiah dan gubahan bunga dijual di gerai-gerai yang dibuka sekitar bandar raya Kuching untuk mereka yang meraikan Hari Kekasih.
  • oleh
  • Advertisement