Anda di sini

Rumah dua tingkat terbakar di Kampung Ganang Kepayan

Advertisement
 Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman dalam kebakaran di Kampung Ganang Kepayan.
PADAM: Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman dalam kebakaran di Kampung Ganang Kepayan.

KOTA KINABALU: Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Ganang Kepayan musnah terbakar dalam satu kejadian kira-kira jam 1.52 petang kelmarin.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Tinggi I (PBTI) Jamaludin Hussin berkata sebaik panggilan kecemasan diterima, seramai 27 anggota digegaskan ke lokasi yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal seluas 40X60 kaki persegi dan anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba.

"Tindakan pantas bomba berjaya memadamkan api daripada merebak ke kawasan perumahan sekitarnya pada jam 2.18 petang bagaimanapun rumah mangsa terbakar sebanyak 70 peratus," katanya.

Menurutnya tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 3.30 petang. Tambahnya punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.


 

  • oleh
  • Advertisement