Anda di sini

Lima kes baharu pesakit disyaki COVID-19 direkodkan 

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

KUCHING: Lima lagi kes baharu pesakit disyaki (PUI) COVID-19 direkodkan hari ini di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan berkata semua kes PUI baharu ini melibatkan warganegara Malaysia. 

Ini menjadikan kes PUI terkumpul di Sarawak dari 10 Januari hingga semalam kepada 85 kes. 

Daripada jumlah tersebut 75 kes dibuktikan negatif selepas ujian makmal, manakala 10 lagi kes masih menunggu keputusan. 

Dalam pada itu semua 85 kes ini melibatkan 64 warganegara Malaysia, 18 warganegara China dan masing-masing seorang warganegara Thailand, Indonesia dan Kanada. 

Jabatan Kesihatan dalam pada itu telah mengimbas 5,176 kedatangan di pelbagai lapangan terbang, pintu masuk  darat dan laut di seluruh negeri semalam. 

TAMAT