Anda di sini

Keldai akaun dipenjara dan didenda

Advertisement

SIBU: Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM2,000 terhadap seorang keldai akaun atas empat pertuduhan membantu mengalihkan harta curi membabitkan wang berjumlah RM20,100 milik seorang tukang masak wanita.

Zahari Ahap, 49, gagal membayar denda yang dikenakan dan diperintah menjalani tambahan dua bulan penjara, di mana semua hukuman penjara itu berjalan berasingan.  

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Zahari didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Jalan Tuanku Osman pada 23 Mei, 2018 jam 12.30 dan 12.36 tengah malam membabitkan wang berjumlah RM18,000.

Sementara bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa melakukan kesalahan sama pada 4 Jun, 2018 jam 12.33 tengah malam dan pada 8 Jun, 2018 jam 12.44 tengah malam membabitkan wang berjumlah RM2,100.

Bagi keempat-empat pertuduhan, Zahari didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau penjara atau kedua-dua sekali jika sabit dengan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada 23 Mei 2018, pengadu yang dikenali sebagai Ling telah dihubungi seorang lelaki yang dikenali sebagai Wong, yang memberitahu mahu meminjam wang daripada pengadu bagi urusan pengebumian ibunya.

Wong menjanjikan seunit kondominium dan sebidang tanah bernilai RM600,000 milik ibunya kepada pengadu sebagai balasan.

Pengadu bersetuju dengan tawaran itu dan mendepositkan wang berjumlah RM20,100 ke dalam akaun bank milik tertuduh membabitkan empat transaksi.

Advertisement